Hapuskan 99.9 peratus kuman berbahaya, Shokubutsu Natural Protection pembersih tangan yang beri perlindungan maksimum

A
A
A

SEMPENA Hari Kebersihan Tangan Sedunia, jenama terkemuka Jepun, Shokubutsu memperkenalkan Shokubutsu Natural Protection Hand Wash yang dirumus untuk menghapuskan 99.9 peratus kuman.

Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, produk baharu yang diperkenal itu mengandungi 100 peratus minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan yang emberikan perlindungan semula jadi, melindungi kulit daripada kuman serta membantu mengimbangi mikrobiom kulit.

"Walaupun Malaysia memasuki fasa endemik, kepentingan mencuci tangan secara kerap tidak boleh diabaikan kerana langkah ini adalah salah satu tindakan paling berkesan bagi membantu mengurangkan penyebaran patogen dan mencegah jangkitan termasuk virus Covid-19.

"Di Shokubutsu, kami memahami bahawa perlindungan mesti datang secara menyeluruh. Itulah sebabnya kami menawarkan Natural Protection Hand Wash untuk melengkapkan rangkaian pembersih badan kami,” katanya.

Sementara itu, Pakar Dermatologi, Hospital Columbia Asia, Dr Goh Siew Wen berkata, kulit merupakan 'hos' kepada berjuta-juta bakteria, kulat dan virus.

BACA JUGA Shokubutsu hadir dengan produk antibakteria baharu. Guna teknologi terkini hasil buih-buih yang mewah, wangi

Justeru, memilih jenis pembersih tangan dan badan yang betul membantu memberikan perlindungan maksimum.

Selain menawarkan produk pembersih tangan, Shokubutsu bekerjasama dengan Hospital Columbia Asia untuk sesi siaran langsung Facebook membincangkan topik mengenai kebersihan tangan dan kesihatan kulit.

Shokubutsu Natural Protection Hand Wash boleh didapati dalam dua varian iaitu Soothing Fresh (dengan Tea Tree) dan Protect (dengan Eucalyptus) yang terdiri daripada dua saiz.

Pembelian boleh dilakukan di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih di seluruh negara, selain melalui platform Lazada atau Shopee.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca