Siram pokok salah masa punca tanaman tak menjadi, elakkan waktu-waktu ini

A
A
A

BERKEBUN adalah hobi yang menyihatkan dan menguntungkan kerana hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menjimatkan kos barang dapur.

Dalam proses penanaman pokok, salah satu elemen penting yang memastikan pokok tumbuh segar dan sihat ialah air.

Melalui teknik siraman yang betul, tanaman akan tumbuh segar dan tidak mudah mati. Lebih-lebih lagi bagi tanaman jenis sayuran.

Berbicara mengenai teknik siraman, ia mungkin nampak macam mudah sahaja. Namun jika silap caranya pokok yang ditanam bukan sahaja akan mati, malah berisiko diancam serangan serangga.

Justeru, perkongsian daripada jurutera, Syamimah Binti Ismail ini boleh membantu korang menyiram tanaman dengan baik.

“Selalu dengar orang kata, tanaman perlu disiram dua kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk menyiramnya?” kata Syamimah.

Baca juga Tak Boleh Letak Atau Tanam Pokok Di Dalam Tandas? Ini Pencerahannya

Beliau menyenaraikan dua tempoh yang sesuai untuk menyiram tanaman seperti berikut:

- Jam 6.00 hingga 8.00 pagi.

Ini adalah waktu terbaik untuk menyiram tanaman. Korang perlu memastikan siraman dibuat sehingga air keluar dari bahagian bawah pasu.

- 5.00 - 6.00 petang

Pada waktu ini korang boleh menyiram pokok namun kuantiti air siraman perlu minimum, hanya sekadar melembapkan tanah.

Syamimah juga berkongsi dua tempoh lagi  yang tidak digalakkan sama sekali untuk menyiram pokok atas sebab-sebab tertentu yang memudaratkan iaitu:

- 11.00 - 3.00 petang.

Waktu ini korang perlu elakkan dari membuat siraman kerana ia adalah waktu kemuncak atau paling panas.

- 6.00 petang ke atas.

Dari jam 6.00 petang ke atas, elakkan menyiram pokok dan tanaman kerana ia adalah waktu untuk pokok berehat. Tambahan pula bimbang tanah yang terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah dan seterusnya boleh mengakibatkan keosakan akar.

Justeru, mengetahui waktu menyiram pokok yang terbaik sangat penting supaya air dapat diserap sepenuhnya dan digunakan untuk proses fotosintesis. Semoga bermanfaat.

Sertai bengkel kebun bijak bersama impiana: Untuk pendaftaran, klik pautan yang tersedia https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-impiana-smart-watering-system/

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca