Staria dengan kelebihan 10 tempat duduk, miliki fungsi dan ciri keselamatan terbaik

HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaharu, Staria dengan kelebihan 10 tempat duduk untuk pasaran tempatan.

Ruang kabin yang luas ditambah desain futuristik menjadikan jentera premium tersebut sesuai untuk kegunaan keluarga besar dan urusan perniagaan.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, pengenalan MPV itu merancakkan lagi sambutan pengguna selepas pelancaran varian Staria dengan tujuh tempat duduk serba mewah pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

“Kami menjangkakan model terbaharu berkenaan mampu menyaingi sekali gus menggantikan Hyundai Starex yang memiliki kelebihan tempat duduk pada kapasiti yang sama.

“Varian 10 tempat duduk ini dijangka akan memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna selain memiliki pelbagai fungsi dan ciri keselamatan terbaik berbanding Starex,“ katanya.

Selain direka khas berkonsepkan bentuk kapal angkasa moden, bahagian luaran Staria yang ditambah dengan corak jeriji radiator unik, disifatkan telah menonjolkan sisi berbeza berbanding MPV lain.

Baca juga Ciri AI dalam kenderaan elektrik, 5 jentera dipertingkatkan dengan kuasa solar ini jadi tumpuan dunia

Berikut spesifikasi lain Hyundai Staria:

i) Dikuasakan enjin diesel 2.2 CRDi yang digandingkan dengan lapan kelajuan kuasa transmisi automatik.

ii) Enjin empat silinder turbodiesel memberi kuasa output 177PS dan tork 431Nm.

iii) Pengecas turbo penyejuk udara berkecekapan tinggi dengan prestasi pemampat dan roda turbin lebih baik.

iv) Bahagian hadapan dihiasi lampu siang jenis DRL.

v) Reka bentuk lampu belakang jenis piksel parametrik dan cermin belakang yang luas.

vi) Ruang kaki yang lebar dan boleh bertukar menjadi kargo tambahan.

vii) Fungsi tempat duduk jenis gelongsor panjang yang serba boleh.

viii) Mod full-flat pada tempat duduk belakang menjadikan ruang lebih fleksibel untuk aktiviti perkhemahan.

Baca juga Model SUV paling dinantikan tahun 2022, pilihan nombor 1 memang power

Tiga varian ditawarkan iaitu Lite, Plus dan Max ditawarkan pada harga bermula RM179,888.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hyundai.com.my atau kunjungi bilik pameran dan pengedar rasmi berhampiran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

12 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

12 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

13 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

15 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

18 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

19 hours ago