Sudah ada taman kucing, tapi ibu bapa pula buat ‘port main anak’. Lelaki ini luah rasa terkilan!
Bagi pencinta kucing yang tinggal di apartmen atau rumah bertingkat, mesti tercari-cari tempat sesuai untuk ‘anak bulu’ meneroka dunia luar.
Tahukah anda, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mewujudkan sebuah taman rekreasi berkonsepkan alam semula jadi khas untuk kucing peliharaan yang dinamakan Catopia Shah Alam.
Hampir setahun dibuka kepada umum, kewujudan Catopia banyak memberi manfaat kepada pemilik kucing. Ia menjadi tempat istimewa untuk mereka bersantai dan melatih kucing bermain secara selamat di ruang terbuka.
Namun, ada yang menyalahgunakan tujuan asal taman ini.
Baru-baru ini, pemilik akaun Instagram @ahmaddriyal berkongsi sebuah video pendek yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di Catopia — sedangkan kawasan itu bukan dikhaskan untuk manusia, apatah lagi kanak-kanak.
Menurutnya lagi, sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain di kawasan tersebut tanpa rasa tanggungjawab sangat membimbangkan.
Ironinya, terdapat dua taman permainan kanak-kanak lengkap dengan gelongsor dan buaian — hanya beberapa langkah dari Catopia.
Namun, sesetengah ibu bapa masih membiarkan anak mereka panjat struktur Catopia dan bermain di atas kemudahan yang direka khas untuk kucing.
Tambahnya lagi, adalah berbahaya untuk kanak-kanak bermain di Catopia kerana tiada besi penghadang pada tangga, malah buaian gantung yang dibina tidak mampu menampung berat mereka yang berlari-lari di situ.
Semua kelengkapan ini dibuat khusus untuk kucing sahaja. Dalam video itu juga kelihatan kucing-kucing yang berada di situ menyorok kerana ketakutan apabila melihat kanak-kanak mula memanjat di ‘tempat mereka’.
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut bersetuju dan meminta agar semua pihak lebih peka dan bertanggungjawab terhadap fasiliti awam.
Jika berlaku kecederaan terhadap anak-anak, bagaimana? Siapa yang perlu dipersalahkan?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
