SUDAH lengkap persiapan raya? Check list baju, aksesori, kasut, beg baharu dan set solekan semuanya done?

Bukan apa, kita masih berbaki 13 hari lagi nak menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi.

Bagi anda yang belum berkesempatan untuk shopping raya, apa kata pertimbangkan promosi menarik yang ditawarkan Zalora.

Ya, platform pelbagai jenama terkemuka itu sedang rancak mempromosikan ZALORAYA2024 Fashion Sale.

baju raya

Apa lagi menarik, jualan terhad tersebut menjanjikan ekstra diskaun hingga 30 peratus untuk jenama terkemuka.

Antara label popular yang mengambil bahagian dalam kempen jualan berkenaan seperti Zalia, Lubna, Ria Atelier, NH by Nurita Harith dan ramai lagi.

baju raya

Aneka pilihan busana moden dan klasik ditawarkan kepada kaki shopping yang mahukan kelainan pada penampilan pada pagi Syawal.

Reka bentuk koleksi Esther NH by Nurita Harith, misalnya menonjolkan sisi anggun kepada si pemakai.

baju raya

Tersedia dengan pilihan saiz 36 hingga 44, material yang diperbuat daripada chiffon, lace dan full lining itu ditawarkan untuk rona dusty pink.

Harga ditawarkan RM571.83 selepas diskaun 34 peratus.

Set Ayako

Jika mahu tampil lebih berani dan vazz, apa kata usha seleksi set Ayako daripada Embara dengan rekaan kebaya moden serba hitam.

baju raya

Kalau selera lebih kepada warna pastel, pilihan lavender dan soft brown masih ada dalam carta jualan.

 

Set yang diperbuat daripada 100 peratus polyester itu lengkap dengan tali pinggan sulam dan kain bercorak floral.

baju raya

Harga asal RM539 sebelum dijual pada kadar RM392.90 selepas potongan harga 49 peratus.

Jangan lupa untuk rebut baucar istimewa untuk nilai lagi rendah dan menjimatkan.

Set Halle

Nampaknya colour hijau olive menjadi pilihan ramai sekali gus menyerlahkan set Halle oleh Alia B.

baju raya

Lari daripada kebiasaan, stail modest dengan reka bentuk leher bulat menaikkan seri si pemakai yang berleher jenjang.

Baca lagi Zaloraya 2023, Lazada Jualan Ramadan meriahkan persiapan, tawaran set kurung serendah RM35

Iklan

Lagi comel dengan ikatan reben pada bahu kiri pada busana yang diperbuat daripada polyblend itu.

baju raya

Diskaun sebanyak 9 peratus ditawarkan untuk set bernilai RM540 tersebut.

Top Kinanta

Sekiranya anda mahu penampilan lebih classy, top Kinanta daripada Ria Atelier dengan kain jenis polyester bercorak floral boleh dipertimbangkan.

baju raya

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu biru, pink dan beige pada harga RM325.90 selepas diskaun 43 peratus.

Baca juga Jualan eksklusif ‘early bird’ Zalora yang kaw kaw murah, siap ada ekstra baucar diskaun lagi

Iklan

Jika mahu lagi murah, jangan lupa grab baucar terhad yang disediakan untuk pembelian top tersebut.

baju raya

Untuk semua pembelian produk sempena ZALORAYA2024 Fashion Sale, kaki shopping ditawarkan kaedah pembayaran mudah sebanyak tiga kali ansuran dengan zero faedah oleh Maybank.

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat pilih dan isi troli online di Zalora sekarang sementara stok masih ada.

baju raya

Okey, selamat bershopping dan berhujung minggu!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!