PERUBAHAN hormon boleh mendatangkan risiko  pelbagai penyakit kronik yang sangat menggerunkan.

Sehubungan itu, kaum lelaki yang mengalami andropaus sememangnya perlu mengubah rentak hidup kepada yang lebih sihat.

Antaranya dengan mempraktikkan amalan diet dan pengambilan porsi makanan yang betul.

Menurut laman web kesihatan antarabangsa, heatlhline.com, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil kira agar corak pemakanan dapat disusun dengan tepat.

Berikut cadangan pilihan sajian utama atau menu kudapan yang disyorkan demi memperoleh tahap kesihatan yang diinginkan:

i) Sayur-sayuran hijau

Sayur-sayuran seperti bayam dan kangkung kaya dengan magnesium, sejenis mineral yang boleh meningkatkan tahap testosteron badan. Kajian pada tahun 2011 mendapati bahawa mengambil suplemen magnesium selama empat minggu membawa kepada peningkatan tahap testosteron melibatkan atlet yang tidak aktif.

ii) Ikan, ayam dan daging

Ikan, daging tanpa lemak, daging merah, ayam dan salmon merupakan makanan yang bagus dan sesuai untuk golongan lanjut usia. Setiap satunya mengandungi protein, zat besi, kalsium dan lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh seseorang.

Iklan

iii) Kekacang

Kekacang bukan sahaja mudah didapati, malah sangat membantu meningkatkan pengeluaran hormon testosteron. Antaranya seperti kacang pea, kacang hijau dan kacang merah.

iv) Susu rendah lemak

Iklan

Susu merupakan sumber protein dan kalsium yang kaya dengan vitamin D yang baik untuk penghasilan hormon berkenaan. Jadi, pilihlah susu versi rendah lemak atau susu skim.

Sekali lagi diingatkan, jumlah porsi makanan yang diambil perlu sederhana dan tidak keterlaluan agar sistem badan dapat berfungsi dengan lebih baik.