Tak payah susah payah, mesin pencuci pinggan mangkuk SK magic bakal mudahkan kerja di dapur
DEMI memudahkan orang ramai menguruskan kediaman dengan lebih efisien, SK Group menerusi cabang perkakasan rumah, SK magic bakal memperkenalkan mesin pencuci pinggan mangkuk ke Malaysia pada suku kedua tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SK magic, Yoon Yo-seop (gambar), berdasarkan kajian lapangan yang dibuat jenama itu, produk berkenaan bakal menjadi pilihan dalam kalangan penduduk di negara ini.
Pada masa sama, Yo-seop berkata, disebabkan kadar pemilikannya juga masih rendah, pihaknya yakin bahawa inovasi tersebut berpotensi untuk diketengahkan, sekali gus menarik perhatian pengguna di Malaysia.
“Sebagai pengeluar utama dan jenama yang menjadi pilihan nombor satu mesin pencuci pinggan mangkuk di Korea serta meraih pelbagai pengiktirafan sejak 20 tahun lalu, kami percaya produk ini akan mendapat sambutan hangat di Malaysia.
“Apa yang saya boleh katakan, sekali pengguna sudah menggunakannya, mereka tidak akan berpatah balik," katanya ketika ditemui media Malaysia di pejabat SK magic di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Komunikasi Korporat SK magic Malaysia, Kwak Kihyung.
Secara eksklusifnya, media Malaysia telah dibawa melawat kilang SK magic dan diperkenalkan dengan mesin pencuci pinggan mangkuk berkenaan termasuk beberapa inovasi hebat lain.
Bersaiz kompak, mesin tersebut amat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai dua hingga lima orang isi rumah.
Berdasarkan rekod, kira-kira 1.5 juta unit mesin pencuci pinggan mangkuk terjual sejak tahun 1993 sehingga kini.
Mengulas lanjut, Yo-seop berkata, mesin pencuci pinggan mangkuk itu akan dijual secara terus pada harga sekitar RM3,000 hingga RM4,000 atau menerusi skim sewaan bulanan.
BACA JUGA: SK magic bakal jadikan Malaysia sebagai hub serantau di Asia Tenggara menjelang 5 tahun lagi
“Pendekatan itu akan membolehkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana boleh memilikinya," katanya.
Selain mesin pencuci pinggan mangkuk, jenama kedua terbesar di Korea itu turut merancang untuk memperkenalkan produk tilam ke Malaysia pada sela masa sama tahun 2023.
Pihak SK magic juga ungkapnya, sedang mengadakan perbincangan strategik berterusan dengan pejabat di Malaysia mengenai item lain yang sesuai untuk penduduk di Malaysia.
“Sudah pastinya, kami akan membangunkan produk mengikut keutamaan pelanggan tempatan," katanya.
SK Magic Malaysia yang ditubuhkan pada 2018 setakat ini telah membawa masuk tiga produk utama iaitu penulen air, penulen udara dan penghawa dingin WindFree Samsung melalui skim sewa mampu milik SK magic dengan komitmen bulanan serendah RM79.
BACA JUGA: Bukan biasa-biasa, SK magic lakar sejarah terima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang