SK magic Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan memperkenalkan cara baharu untuk rakyat Malaysia memiliki penghawa dingin WindFree Samsung melalui skim sewa mampu milik SK magic dengan komitmen bulanan serendah RM79 sahaja.

Kerjasama strategik dengan Samsung juga membolehkan SK magic mengembangkan kategori produk baharunya dengan penambahan model penghawa dingin Samsung WindFree berjulat daripada 1.0, 1.5, 2.0 dan 2.5 kuasa kuda ke dalam siri produknya.

Inovasi berkenaan antara lain berfungsi dengan ekosistem Samsung SmarThings yang membolehkan rakyat Malaysia mengekalkan rumah mereka pada suhu yang selesa dan tetap dengan menggunakan alat kawalan jauh atau telefon pintar yang disesuaikan mengikut keperluan harian.

Pengarah Urusan SK magic Malaysia, Andy Kim berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama strategik bersama Samsung Malaysia Electronics kerana ia membolehkan kedua-dua pihak terus berinovasi dan menyediakan teknologi canggih yang akan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kolaboratif ini juga telah membuka paradigma baharu untuk setiap penduduk Malaysia menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, di samping menawarkan persekitaran hidup yang lebih holistik,” katanya.

 ANDY (kiri) dan Edward bersalaman selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama SK magic Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini.
ANDY (kiri) dan Edward bersalaman selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama SK magic Malaysia dan Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini.

Mengulas lanjut, ujar beliau, penyejukan WindFree akan mengeluarkan udara sejuk secara senyap dan perlahan-lahan melalui 23,000 lubang udara mikro sebaik sahaja pengguna memilih suhu pilihan masing-masing.

Memandangkan ia direka untuk menyejukkan kawasan yang besar, orang ramai boleh mengawal suhu keseluruhan bilik dengan mudah.

“Satu lagi kelebihan yang patut diberi perhatian adalah mod Safe Sleep iaitu kemajuan teknologi yang mengawal suhu bilik tidur secara automatik semasa tidur untuk mengoptimumkan pelbagai fasa kitaran tidur,” kongsinya.

Sejak penubuhan SK magic pada tahun 2018, jenama itu telah menawarkan skim sewa dengan harapan untuk menyediakan gaya hidup yang lebih baik kepada rakyat Malaysia dengan cara yang mampu dimiliki.

Skim sewa berkenaan kemudian menjadi popular dan menarik pembeli dari seluruh negara, sekali gus meningkatkan jenama SK magic.

Untuk memenuhi permintaan tersebut, jenama tersebut telah menawarkan pelbagai pelan sewaan kepada rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran mampu milik.

 Edward (kiri) dan Andy sedang menandatangani perjanjian sambil disaksikan Ketua Unit Perniagaan Elektronik Pengguna, Jimmy Tan; Pengarah Perniagaan Produk Peralatan Digital, Josh Kim; Ketua Jualan SK magic Malaysia, Son Chul Min dan Ketua Hal Ehwal Korporat SK magic Malaysia, Kwak Kihyung.
Edward (kiri) dan Andy sedang menandatangani perjanjian sambil disaksikan Ketua Unit Perniagaan Elektronik Pengguna, Jimmy Tan; Pengarah Perniagaan Produk Peralatan Digital, Josh Kim; Ketua Jualan SK magic Malaysia, Son Chul Min dan Ketua Hal Ehwal Korporat SK magic Malaysia, Kwak Kihyung.

Dengan kerjasama strategik itu, pelanggan yang membeli penghawa dingin Samsung WindFree melalui skim sewa SK magic akan menerima pakej perkhidmatan selepas jualan secara percuma.

Pelanggan boleh memilih daripada Pakej Sewa Lite, Asas (Basic) ataupun Istimewa (Special) untuk menikmati frekuensi perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh penyewaan.

BACA JUGA: Bukan biasa-biasa, SK magic lakar sejarah terima pelbagai pengiktirafan di peringkat dunia

BACA JUGA: All Clean Virus Fit SK magic bantu singkirkan virus, bakteria, habuk di dalam ruangan tertutup. Gajet wajib ada di rumah

Bermula daripada RM109 sebulan untuk Pakej Sewa Istimewa oleh SK magic, orang ramai boleh menikmati perkhidmatan minor dan major yang kedua-duanya adalah termasuk dalam pakej beserta waranti percuma selama lima tahun.

Iklan

Perkhidmatan major termasuk pembersihan mendalam kedua-dua unit dalaman dan luaran, manakala perkhidmatan minor termasuk pencucian penapis dan pembersihan asas unit dalaman sahaja.

Manfaat daripada kepakaran SK magic dan Samsung dalam penyelenggaraan perkhidmatan dan teknologi canggih, rakyat Malaysia kini boleh merasai udara nyaman yang segar melalui teknologi WindFree tanpa sebarang kebimbangan.

Sehingga kini, lebih 90 peratus pelanggan SK magic telah melanggan perkhidmatan berasaskan sewaan.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han berkata, kolaboratif Samsung Malaysia Electronics dengan SK magic telah membolehkan mereka mencipta lebih banyak nilai pelanggan berdasarkan keupayaan maju kedua-dua syarikat yang mewakili setiap bidang.

Iklan

“Walaupun Samsung tertumpu pada tawaran teknologi dan produk yang terkemuka, SK magic mengkhususkan diri dalam program penyewaannya dan boleh menawarkan perkhidmatan tanpa kebimbangan kepada setiap pelanggan,” katanya.

Penghawa dingin Samsung WindFree kini boleh didapati secara sewaan di semua kedai jenama dan kiosks jenama SK magic.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SK magic https://www.skmagic.com.my/ atau platform media sosial rasmi SK magic, Instagram @myskmagic_ dan laman Facebook @myskmagic.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan