BIASANYA resipi rendang menggunakan ayam atau daging.

Tapi kali ini anda boleh cuba kelainan pula untuk merendang pucuk ubi.

Selain ianya senang dibuat. ia juga tak perlu modal yang besar cukup buat rasanya… fuh… memang menyelerakan!

Boleh buat anda makan bertambah dengan resipi tradisional yang famous di Negeri Sembilan ini.

Bahan-bahannya:

  • Pucuk ubi (tak reti nak bagi tahu banyak mana, memang banyak)
  • 1/2 kg santan
  • Cili api (ikut suka nak banyak atau tak) – hancurkan
  • Kunyit hidup – hancurkan
  • Bawang kecil 5 ulas bawang kecil / 2 labu bawang besar sedang -mayang
  • Asam keping
  • Ikan bilis
  • Kerisik (ikut suka)
  • Serai dua batang diketuk
  • Garam

Artikel berkaitan: Cara buat kimchi mudah guna bahan apa ada di rumah

Caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam kuali kecuali pucuk ubi.

2. Masak hingga pecah minyak. Api jangan besar, nanti hangus. Perlu kacau selalu

3. Bila dah pecah minyak baru masukkan pucuk ubi. Masak hingga kering.

(Saya tak buat kering sangat, tak cukup sabar hahaha)

Lagi kering lagi sedap menyengat!

p/s: Pucuk ubi juga boleh diganti kepada pucuk paku (kena masakkan lagi lama sehingga kering)

Sumber: Sarina Mohd Som

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!