‘Tangan bau asam pedas, pakej mekap.’ Gelagat lucu Fattah Amin solek Fazura bikin ramai terhibur

PASANGAN popular, Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas muncul dalam satu video di Youtube ‘myFazura’.

Menerusi perkongsian itu, kelihatan pelakon Mat Kilau tersebut sedang menata rias isteri kesayangannya itu.

Gelagat lucu  Fattah yang tidak mahir dalam bab solekan mencuri tumpuan ramai.

Apatah lagi, beliau asyik disakat isteri kesayangannya membuatkan dirinya tampak malu-malu.

Iklan
Iklan

Rupa-rupanya, ayah kepada Nur Fatima Aisya itu diminta berbuat demikian sempena ulang tahun Fazura yang ke 37 tahun.

Akui empunya diri, itu merupakan kali pertama beliau memekapkan wajah seorang wanita.

Patutlah, nampak kekok dan Fattah juga mengaku tidak tahu akan nama-nama alat mekap tersebut.

Lebih melucukan, Fazura mengadu kononnya tangan suami kesayangannya itu berbau asam pedas.

“Tangan bau asam pedas sikit. Ya, saya ada terbau sambal  sama ada ayam ke udang. Tetapi tidak mengapa, ini pakej mekap,” ujar Fazura sambil ketawa dan diakui Fattah yang memberitahu ada makan sambal sebelum itu.

Video tersebut tular di media sosial. Rata-rata warga maya mengakui cukup terhibur melihat gelagat pasangan sama cantik sama padan itu.

Bahkan, ada yang memuji kononnya, Fattah selepas berkahwin semakin kelakar.

Berikut SinarPlus kongsikan petikan kata-kata netizen:

“Fazura kalau tidak menyakat suami, memang tidak sah.”

“Gelak besar saya tengok. Cantik Faz.”

“Comel dan lawak je pasangan ni.”

“Aduhai kak Faz, sweet sangat.”

“Sportingnya pasangan ini. Semoga bahagia hingga ke syurga.”

“Antara pasangan yang saya suka tengok. Semoga Fattah dan Fazura kekal bahagia hingga ke syurga.”

Sumber: YouTube ‘myFazura’

Baca ni ‘Fat shaming’: Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

10 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

2 days ago