[VIDEO] Robot ‘cute’ hantar bola, kutip lembing di Olimpik Tokyo 2020

SUKAR untuk kita menidakkan bahawa Jepun antara negara yang sentiasa menduduki carta atas dari segi kecanggihan teknologi.

Selain berada tempat kedua selepas Amerika Syarikat dalam ‘kuasa ekonomi dunia’, negara berkenaan juga menguasai bidang automotif, mesin, elektronik, optik dan robotik.

Bahkan, pada penganjuran Sukan Olimpik 2020 khidmat robot turut menjadi pilihan.

Iklan
Iklan

Buktinya, apabila kelibat robot muncul bertindak sebagai ‘budak penghantar’ bola pada hari keempat temasya sukan itu berlangsung di Stadium Tokyo.

Kehadiran robot comel itu menangkap perhatian mereka yang berada di gelanggang bola keranjang dan ragbi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan itu sahaja, barisan robot berkenaan juga membantu memudahkan pengurusan acara di stadium olahraga.

Robot itu dinamakan Field Support Robot (FSR) dilengkapi fungsi pemanduan automatik.

Dalam satu kenyataan pra-Olimpik, robot tersebut akan menentukan jalan yang optimum ketika mengambil peralatan seperti peluru atau lembing yang dilemparkan atlet.

Ia sejajar dengan objektif penciptaan bagi membantu mengurangkan masa untuk mengambil peralatan sukan, sekali gus meminimumkan jumlah penglibatan petugas di lapangan.

Difahamkan, sebelum temasya para pegawai Tokyo 2020 dan Toyota bekerjasama dengan World Athletics mengembangkan FSR.

Staf Toyota Motor Corporation ketika menguji robot tersebut.

Warga maya tertarik dengan kecomelan robot FSR, malah ada menyamakan seperti bas tanpa pemandu bersaiz mini yang beroperasi di perkampungan atlet di sana.

Menarik bukan? Penggunaan teknologi seumpama ini wajar digunakan secara meluas bagi mengurangkan penglibatan kakitangan khususnya tatkala pandemik Covid-19.

Share
Azma ML

Recent Posts

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

6 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

7 hours ago

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

17 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

1 day ago