TELUR merupakan menu yang biasanya boleh dijadikan satu cara tarik perhatian anak-anak yang sukar makan nasi.

Dengan hidangan juadah telur, pasti membuatkan mereka suka. Bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa pun tertarik.

Memasak telur sangat mudah, praktis dan terpantas di dunia. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak susah untuk didapatkan.

Masa memasak telur juga boleh siap dalam lima hingga 10 minit. Lagipun juadah telur dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana ia boleh dicampur dengan bahan lain seperti sayur dan daging.

Jika biasa kita membuat resipi telur mudah seperti goreng mata, dadar, sambal, acar atau sup, apa kata kali ini kita cuba telur bersama tauhu masak kicap cili padi.

Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja, memang puas hati. Sesuai dinikmati bersama nasi putih hangat. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

Bahan-bahannya;

  • 8 biji telur direbus dan dibuang kulit
  • 1 ketul tauhu ipotong 6
  • 1 biji tomato dipotong
  • 2 sudu besar ikan bilis dibersihkan
  • 7 biji cili padi merah
  • 7 biji cili padi hijau
  • 1 sudu kecil perencah sup
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5-6 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit

Bahan kisar;

  • 7 batang cili hijau
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Cuba juga Ibu cuba sup telur ringkas ini, anak-anak pasti terpikat

Cara membuatnya;

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur. Masak selama satu hingga dua minit atau hingga permukaan telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Gorengkan tauhu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. Seterusnya goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan juga.

3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang dikisar sehingga kering. Masukkan cili padi hijau, cili padi merah dan tomato.

Iklan

Cuba juga Buat sendiri puas hati, ini resipi donut susu gebu gebas viral

4. Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula. Gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan telur, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan padamkan api.

Siap! Selamat mencuba.

Iklan

Tip: Telur perlu digoreng terlebih dahulu adalah untuk membuatkan sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal pun susah nak basi.

Sumber: Nurul Ateekah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.