Tempoyak durian home made, mudah je kome!

Tempoyak durian home made, mudah je kome!
Tempoyak durian home made, mudah je kome!
A
A
A

BAGI orang Pahang khasnya, menikmati ikan patin masak gulai tempoyak bukanlah sesuatu yang asing malah tak salah dikatakan menu wajib.

Tapi, apa itu tempoyak?

Bagi mereka yang kurang maklum, tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian itu diasingkan daripada bijinya dan akan disimpan di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.

Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.

Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak cukup terkenal sehingga ke hari ini.

Jangat terkejut, kajianjuga pernah dibuat mengenai khasiat tempoyak dan didakwa baik untuk kesihatan tau. Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi telah menjalankan kajian mengenai tradisi ini.

Hasil kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian ialah makanan yang baik untuk kesihatan.

Dalam kajian tersebut, didapati tempoyak mempunyai nilai probiotik di dalamnya. Bakteria berkenaaan boleh hidup dalam persekitaran usus dengan keadaan asid pada pH2 dan selesa dalam persekitaran pH4. Hebat bukan?

Tapi korang tau tak cara nak buat tempoyak?

Sebenarnya sangat mudah untuk buat tempoyak durian ini. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi. Jom SinarPlus kongsikan. Cara-caranya adalah seperti berikut :

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Isi durian
  • Sedikit garam halus

Cara-cara penyediaan:

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya menggunakan pisau.
  2. Ulang langkah 1 hingga selesai. Tambahkan sedikit garam halus pada isi durian. Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan isi durian ke dalam bekas simpanan.
  4. Jangan isi penuh (isi hanya 8/10) kerana isi durian akan mengembang dan ruangan kosong diperlukan.
  5. Biarkan bekas tempoyak di luar sekurang-kurangnya 24 jam hingga 48 jam untuk memberikan rasa masam kepada isi durian tadi.
  6. Kemudian, simpan di dalam peti ais dan sedia digunakan sebagai tempoyak.

Sedikit tip yang boleh dikongsi, jika korang beli durian untuk dijadikan sebagai tempoyak, beli durian yang sudah rosak tapi bukan yang berulat ye. Orang Perak kata cari buah yang ‘mangkor’ ate kome!

Harga lagi murah dibandingkan dengan durian baru.

Mudah bukan? So, selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca