SUASANA kurang selesa saat mengalami pedih ulu hati memang satu hal yang tidak digemari.

Masakan tidak, perkara itu akan mengakibatkan seseorang sukar untuk fokus dan berkemungkinan mampu menyebabkan perkara tidak diingini berlaku lebih-lebih lagi jika sedang memandu kenderaan.

Memetik info CNN Indonesia, pedih ulu hati atau disebut sebagai GERD merupakan keadaan gas naik ke atas atau bahagian refluks kemudian ke kerongkong.

Antara simptom yang sering dialami oleh pesakit seperti mual, sukar untuk bernafas, sakit atau berasa pedih pada bahagian dada atau sensasi seakan terbakar pada dada.

Perkara tersebut berlaku dipercayai disebabkan pengambilan makanan berlebihan pada waktu malam, kandungan tinggi lemak atau minuman soda.

Tidak hanya melibatkan diet pemakanan sihat, tetapi tahap aktif melakukan aktiviti fizikal dan kesihatan mental turut mempengaruhi GERD berlaku.

Bagi mengatasi atau mengelakkan perkara tersebut berulang, berikut terdapat beberapa cara yang boleh diambil.

Pemakanan sihat dan aktif melakukan aktiviti fizikal dapat mengurangkan masalah pedih ulu hati.

1. Jangan pakai pakaian ketat

Jangan terkejut, fesyen atau gaya penampilan turut antara yang memicu GERD.

Kejadian pedih ulu hati berlaku pada bahagian esofagus dan mengakibatkan gangguan ketidakselesaan.

Sebaiknya, pilih pakaian yang longgar dan jangan terlalu ketat sehingga mampu menekan perut.

2. Posisi tegak

Kedudukan berbaring dipercayai akan mendorong kehadiran GERD.

Disebabkan itu cuba duduk atau berdiri dengan posisi tegak agar dapat mengurangkan tekanan pada sfingter esofagus.

Sekiranya tidak mampu untuk berdiri atau duduk, anda boleh baring secara mengiring seketika.

3. Air halia

Amalan minum air halia dipercayai dapat mengurangkan rasa tidak selesa disebabkan pedih ulu hati.

Anda disarankan untuk minum air halia suam dan cuba untuk elakkan mengambil dengan air terlalu panas kerana bimbang akan mengakibatkan tidak selesa.

4. Kunyah gula-gula getah

Iklan

Rasa mual dapat dihilangkan dengan cara mengunyah gula-gula getah.

Perkara itu dipercayai berhasil berdasarkan kajian Journal of Dental.

Kalau boleh jangan mengunyah gula-gula getah berperisa masam atau berangin seperti oren, lemon dan mint.

5. Ubat-ubatan

Pelbagai ubat-ubatan boleh didapati dalam pasaran dapat memberi kesembuhan dengan segera.

Ubat seperti antagonis reseptor histamin-2 (clmetidine, famotidine, ranitidine, nizatidine) antara yang disarankan.

Iklan

Bagaimanapun, sekiranya perkara tersebut berlanjutan, segera dapatkan rawatan doktor.

Jika ingin berkunjung ke farmasi, cuba berbincang dengan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ubat.

Selamat mencuba dan semoga kekal sihat.

 

Jangan lupa follow kami diInstagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI