Tidak mandi, terus hantar ke taska, rupa-rupanya boleh jejas disiplin anak-anak, lelaki ini kongsi penjelasan!

No Image Caption
A
A
A

SUDAH menjadi kebiasaan sesetengah ibu ayah yang menghantar anak ke pusat jagaan atau tadika, tidak memandikan cahaya mata mereka itu terlebih dahulu.

Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri seperti tempat kerja yang jauh, terlambat ke kerja dan sebagainya.

Jika sesekali mungkin boleh faham, tetapi jika sudah menjadi rutin ia boleh mendatangkan kesan buruk pada anak-anak. Situasi ini kerap kali diperhatikan oleh penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim yang tampil memberi teguran kerana tabiat ini sedikit sebanyak melibatkan disiplin anak apabila mereka besar nanti.

No Image Caption

"Ramai yang menghantar anak ke tadika dan taska tidak mandi. Anaknya tidak siap apapun, kadangkala dengan tahi mata, busuk masai dan masih memakai baju tidur. Orang kata bangun tidur terus pergi.

"Tak ada persiapan, kebersihan diri dan sebagainya. Kenapa saya cakap ni? Sebab ia akan melibatkan disiplin anak tu sendiri. So, kalau anak tu dah terbiasa, bangun pagi tak mandi terus pergi dan sebagainya.

"Jadi, risau ada risiko nanti bila dah bersekolah, susah nak pergi sekolah. Ada je alasan sebab dia tak biasa mandi pagi, dia tak biasa uruskan diri pada waktu pagi, dia tak biasa bersihkan diri dia," kata beliau.

Selain disiplin anak, sudah menjadi satu bebanan kepada guru di sekolah tersebut untuk menguruskan anak mereka.

No Image Caption

"Ini tak cerita lagi tentang komitmen guru-guru dekat sekolah pula.

"Tak pasal-pasal kena mandikan anak tu dulu sebelum boleh mula persekolahan. Sedangkan anak murid ramai. jadi, ini antara inisiatif mak ayah lah," tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan semula bahawa tugas ibu ayah bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk anak-anak, tetapi ada lebih besar iaitu mendidik mereka.

"Peranan kita ni bukan sekadar menyediakan nafkah, tempat tinggal, makanan, sekolah dan sebagainya. Peranan lebih besar mak ayah adalah untuk mendidik. Itu yang paling besar.

"Kalau mak ayah culas bab ni, terbengkalai lah anak tu. Dia punya didikan out. Ini sekadar nasihat.

"Nampak remeh benda ni tapi inilah didikan terpenting kita kepada anak-anak.. iaitu didikan tentang displin dan pengurusan diri.. dekat sekolah tak ajar didikan ni, kat rumah je," akhir kata dari beliau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang