HARI INI

TikTok edisi negara China, hadkan penggunaan kepada 40 minit sehari sahaja!

TikTok edisi negara China, hadkan penggunaan kepada 40 minit sehari sahaja!

September 21, 2021
Oleh Farah Eliani

KINI, aplikasi TikTok antara platform media sosial yang menjadi pilihan orang ramai.

Antaranya bagi mempelajari resipi, menemui tip dalam perhubungan, menambah ilmu kesihatan dan pendek kata platform menyalurkan segala jenis maklumat.

Baru-baru ini, TikTok versi negara China atau dikenali sebagai Douyin telah melakukan beberapa perubahan yang di luar jangkaan.

Menurut laporan Reuters, modifikasi pada aplikasi itu membenarkan mereka yang berumur 14 tahun dan ke bawah untuk mengakses aplikasi tersebut dalam tempoh yang boleh dihadkan.

Langkah itu boleh dilakukan dengan mengaktifkan Youth Mode khusus buat pengguna yang masih muda.

Melalui mod khas itu, ia akan menentukan limitasi Douyin selama 40 minit sahaja sehari, di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Sebenarnya, usaha itu hadir selari dengan penguatkuasaan pihak berkuasa China yang mementingkan perkembangan remaja di sana agar tidak ketagih dengan media sosial dan permainan video.

Sehingga kini, ikhtiar itu masih belum diketahui sama ada akan diperluaskan kepada versi global atau hanya kekal tertumpu di negara yang antara tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia itu.

Menyingkap secara ringkas sejarah TikTok, ia merupakan aplikasi iOS dan Android dalam bentuk ciptaan video 15 saat yang dikembangkan oleh ByteDance yang berpusat di Beijing, China.

Iklan

Bermula dengan nama Douyin pada bulan September 2016, ByteDance segera memasuki pasaran luar pada tahun 2017 dengan nama TikTok.

Baca juga: [VIDEO] Remaja buat tarian TikTok guna lagu iklan, tak sangka dapat tajaan beras

Pun demikian, mereka masih menggunakan perisian yang sama, tetapi rangkaian yang berbeza untuk mematuhi sekatan penapisan di China.

Apa-apapun, SinarPlus sentiasa menyambut baik usaha yang dilakukan agar dapat mengawal penggunaan gajet terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!