Tip paling mudah simpan daun kari tahan berbulan-bulan, tetap segar dan kekal harum

Tip paling mudah simpan daun kari tahan berbulan-bulan, tetap segar dan kekal harum

DAUN kari antara bahan yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk memasak kari atau menggoreng ayam.

Aromanya yang harum memang membangkitkan selera.

Kepada yang tidak menanam pokok kari, setiap kali nak guna barulah pergi ke kedai membelinya.

Pun begitu, bukan banyak pun kuantiti daun yang digunakan dalam masakan.

Sayang pula andai lebihan dibiar kering atau dibuang begitu sahaja, kan?

Bagi mengelakkan pembaziran, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cik Rain.

 

Menurut beliau, kaedah tersebut membantu membuatkan daun kari tahan berbulan-bulan lamanya.

Malah, aroma dan rasanya tetap kekal seperti sediakala.

Baca ni Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Selain daun kari, kaedah itu juga boleh dilakukan jika mahu menyimpan daun lain seperti limau purut.

“Pastikan daun tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam botol. Jika tidak, ia akan mudah berkulat,” kongsi Cik Rain.

DAUN SEGAR DAN HARUM

Berikut cara menyimpan daun kering:

1. Cuci terlebih dahulu daun kari bersih-bersih.

2. Selepas itu, lap dengan menggunakan tisu sebelum dibalut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Kemudian, simpan dalam peti sejuk.

3. Biarkan daun tersebut dalam peti sejuk selama seminggu sebelum dibuka. Pastikan daun kari itu betul-betul kering. Kemudian, barulah masukkkan daun berkenaan dalam botol kaca lalu tutup ketat.

4. Hasilnya, warna daun kari tetap kekal hijau. Apabila mahu digunakan dalam masakan, barulah ambil sedikit.

Cara itu juga membuatkan daun kari kembali segar dan baunya masih lagi harum.

Baca lagi Kerabu pucuk daun kari sedap, aroma wangi memikat selera

Selain tip yang dimuat naik Cik Rain, ada juga pengguna lain  iaitu Nik Mazihalaura turut berkongsi cara menyimpan daun kari dengan cara yang mudah.

– Caranya adalah dengan mencuci daun kari itu sebelum dijemur sehingga kering.

– Setelah itu, letak sedikit minyak masak pada daun berkenaan.

– Kemudian, barulah disimpan dalam bekas.

Baca lagi Tempe goreng daun kari mudah, anak-anak gerenti suka

Mudah jer kan cara nak simpan daun kari ini. Bahannya cuma guna botol sahaja. Jimat belanja lepas ini tak perlu buang lagi lebihan daun kari.

Anda ada idea atau cara lain tak untuk simpan daun kari? Boleh kongsikan dengan min dan pembaca lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

  VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid…

28 mins ago

‘Al-Quran terapi terbaik buat Zuhayr’. Ibu ini buktikan anak spastic diplegic cerebral palsy lancar bercakap, berjalan sendiri

BERPAKSIKAN dengan kekuasaan ALLAH dan al-Quran sebagai penyembuh paling mustajab, Nornailah Mohd Fadli terus cekalkan…

52 mins ago

‘Janji tidak akan buat mummy sedih’. Sayunya, ucapan Hari Ibu Ayden buat Bella Astillah menitiskan air mata

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak dapat menahan perasaan sayu mendengar ucapan dari anak lelakinya,…

1 hour ago

Justin Bieber bakal bergelar bapa, Hailey hamil 6 bulan kongsi foto baby bump

SIAPA tidak kenal penyanyi lagu Baby yang popular 10 tahun lalu. Kini meningkat dewasa, Justin…

3 hours ago

Kediaman Angah Raja Lawak raih perhatian, dapur macam kitchen restoran. Sempoi. ‘Rumah besar, suami pandai masak. Bestnya’

BAGI yang mengenali Angah Raja Lawak, pasti tahu beliau cukup aktif dalam lakonan dan juga…

5 hours ago

‘Rezeki terpijak’, Bella Astillah teruja terima hadiah motor skuter elektrik, syukur ibu dan anak sumber kekuatan

  SETIAP perkara yang berlaku pasti ada hikmah. ‘Penangan’ kemelut rumah tangga, mendatangkan rezeki mencurah-curah…

6 hours ago