MERIAH, teruja dan sarat dengan tip kecantikan.

Itu rumusan yang boleh dibuat ke atas program Unlock Your Skin Secret with Syahirah, SinarPlusXSyahirah yang berlangsung di Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Puncak Alam, Selangor pada Rabu lalu.

Sebahagian daripada para pelajar Jurusan Seni Reka Kreatif yang hadir memeriahkan program Unlock Your Skin Secret with Syahirah.

Kehadiran hampir 300 pelajar jurusan Seni Reka Grafik, lapan influencer media sosial termasuk dua selebriti terkenal, Amira Othman dan Ruhainies memang menggamatkan suasana.

Pada majlis berkenaan, Pengurus Kumpulan Produk dan Penjagaan Pengguna Wipro, Shellies Tan memperkenalkan produk baharu Syahirah iaitu Syahirah Korean Secret Skincare White Glow dan Syahirah Korean Secret Skincare Hydra Soft.

Shellies Tan

Kedua-dua inovasi hebat itu dirumus khas daripada bahan semula jadi dari Pulau Jeju, Korea Selatan.
Ujar Shellies, White Glow antara lain membantu mencerah dan melembutkan kulit pemakainya, sementara Hydra Soft pula berfungsi mengekalkan kelembapan serta hidrasi pada wajah untuk tempoh yang lama.

“White Glow dan Hydra Soft diperbuat daripada 100 peratus bahan halal dan bebas kimia.

“Diharapkan generasi muda khususnya penuntut universiti yang sukakan set kecantikan dari Korea Selatan mendapatkan produk kami.Memang berbaloi dan harganya juga mampu milik,“ katanya yang turut tampil memberi panduan mengenai penggunaan produk berkenaan ketika sesi demonstrasi.

Sesi demonstrasi menggunakan dua produk terbaharu Syahirah turut dijalankan.

Turut hadir Ketua Pengajian Seni Digital dan Imejan, Dr Mohd Erman Maharam; Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Harian, Airol Fadley dan Editor Eksekutif Gaya Hidup SinarPlus, Meen Tahrin.

Sementara itu, Dr Mohd Erman berkata, pihak UiTM Puncak Alam bertuah kerana dapat bersama-sama menyemarakkan pelancaran produk Syahirah yang sudah bertapak lebih 10 tahun di Malaysia.

“Program ini sebenarnya secara tak langsung memberi pendedahan kepada para penuntut untuk mengendalikan acara program dan pemasaran pada masa akan datang,“ katanya.

Sementara itu, penyanyi lagu Hati-Hati, Amira ketika ditemui mengakui keberkesanan produk Syahirah ke atas kulitnya.

Amira Othman

“Kita semua sedia maklum, ramai pelakon Korea memiliki kulit yang cantik. Itu membuatkan saya terpanggil untuk mencubanya.

“Memandangkan jenama kecantikan dari negara itu memang mahal, jadi bagi saya, menjadi satu kerugian jika anda tidak mendapatkan produk Syahirah. Paling penting, rutin pemakaian kena konsisten,“ katanya.

Antara selebriti dan influencer yang hadir memeriahkan program Unlock Your Skin Secret with Syahirah.

Bagi pelakon jelita, Ruhainies, beliau tertarik dengan penggunaan Cherry Blossom dan Lotus Flower yang membantu mencerah dan membaiki tona kulit yang tidak sekata.

Ruhainies

“Selain itu, penggunaan teh hijau yang bersifat antioksida juga bagus dalam membantu melindungi kulit, melawan jerawat termasuk membaiki sel yang rosak,“ ujarnya.

SELESAIKAN BANYAK MASALAH

Influencer yang masih muda remaja, Syuhaila Ruzaimi pula berkata, beliau telah menggunakan produk Syahirah sejak di bangku sekolah lagi.

Syuhaila Ruzaimi

“Waktu sekolah dulu, kulit saya agak gelap dan tak bermaya kerana terlibat dalam aktiviti luar, namun jenama ini membuatkan kulit saya lebih bersinar, anjal dan lembap sepanjang masa,“ tuturnya.

Senada dengan Syuhaila ialah rakan seangkatannya, Syaza Yusof yang amat berhati-hari dalam memilih produk kecantikan.

Syaza Yusof

“Selepas mencuba label itu dan ini, akhirnya saya memilih Syahirah yang sememangnya terbukti sesuai dengan semua kondisi muka,“ katanya.
Tidak hanya selebriti dan influencer, SinarPlus turut mendapatkan pandangan beberapa mahasiswi yang hadir.

Syafiqah Zurfarahin Salim berkata, beliau jatuh cinta dengan Syahirah Korean Secret Skincare Hydra Soft kerana teksturnya yang halus dan cepat menyerap.

Syafiqah Zurfarahin Salim

“Kulit muka saya jenis berminyak, namun sebaik guna produk ini, masalah itu selesai dan tak rasa rengsa lagi,“ katanya.

Iklan

Kata-kata positif sama turut dilontarkan Putri Alya Batrisyia Hamdan. Beliau sangat memerlukan Syahirah bagi merawat jerawat dan memperbaiki wajahnya yang sedikit kusam.

Putri Alya Batrisyia Hamdan

Seperti pelajar-pelajar lain, Nur Natassya Imman Khairul Nizam teruja apabila harga yang ditawarkan jenama lokal itu berpatutan untuk dibeli.

“Selain belajar, saya juga ingin kelihatan cantik. Dengan adanya Syahirah, saya tak perlu risau lagi untuk berbelanja,“ ujarnya.

Sementara itu, Aisyah Farzana Mohd Amin Nordin yang mengakui keberkesanan produk Syahirah, beliau juga amat kagum dengan pembungkusan kedua-dua inovasi baharu itu yang dilihat sangat eksklusif.

Aisyah Farzana Mohd Amin Nordin

“Penggunaan warna dominan seperti putih, merah jambu dan hijau memang mencuri perhatian saya. Rona itu memang melambangkan wanita dan kejelitaan,” ungkapnya.

Akhir sekali, Aida Karmila Mohammad Aswandi memberitahu SinarPlus, Syahirah Korean Secret Skincare White Glow sudah menjadi pilihan hatinya.

Aida Karmila Mohammad Aswandi

“Saya yakin akan menggunakannya secara berterusan kerana ia memang serasi dengan wajah saya. Tak perlu pening-pening cari jenama lain,” katanya.

Iklan

AKTIVITI & PEMENANG KREATIF

Dalam pada itu, program Unlock Your Skin Secret with Syahirah turut riuh-rendah apabila para pelajar mengambil bahagian dalam acara memanah dan bola keranjang yang dikendalikan kru SinarRovers.
Kaunter konsultasi dan pemeriksaan wajah oleh petugas UiTM Private Specialist Centre (UPSC) juga diserbu ramai.

Konsultasi dan pemeriksaan wajah oleh pihak UPSC membolehkan hadirin mengetahui keadaan kulit mereka.

Ruang legar pula dipenuhi dengan kelibat hadirin yang ingin mencuba keenakan Richiamo Coffee yang disediakan secara percuma kepada semua tetamu. Hampir 300 cawan laku keras.

Orang ramai beratur panjang untuk merasai sendiri keenakan Richiamo Coffee.

Tirai acara ditutup dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan Video Kreatif SinarPlusXSyahirah. Seramai enam pemenang dipilih berdasarkan kreativiti mereka dalam menghasilkan video berkaitan dengan produk Syahirah.

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & TikTok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.