IBARAT pulang ke kampung halaman, itu perasaan yang akan dirasai pengunjung tatkala menikmati hidangan iftar yang terletak di G2G by MTG Garden Hall, Seri Kembangan.

Membawa tema kampung halaman ke bandar, pengunjung bakal disajikan dengan hampir 100 hidangan Melayu asli resipi turun temurun Negeri Sembilan yang bakal memberi cita rasa berbeza terutama kepada mereka yang merindukan suasana berbuka di kampung.

Pemilik Kampung Lah, Fairuz Idwan berkata, pengunjung Kampung Lah tahun ini bakal merasai pengalaman berbeza seolah-olah berada di kampung dengan pelbagai aktiviti termasuk makan berhidang, alunan lagu-lagu Melayu Asli sekali gus mengimbau kenangan lama mengusik kalbu.

“Keistimewaan kita sudah pastilah masakan salai lemak cili api cita rasa asli, resipi tradisi Negeri Sembilan. Istimewanya adalah kita salai sendiri menggunakan tempurung kelapa. Cara asli turun- temurun.

“Kami bangga dengan masakan lemak kami selain hampir 100 juadah lain yang bakal memberi nuansa Melayu asli kepada pengunjung. Bayangkan duduk bersama keluarga dan sahabat handai, bergurau senda dan menikmati hidangan dahulu kala.

“Ada juga ulam-ulaman dan kuih-kuih tradisional yang dihidangkan untuk memastikan setiap pengunjung dapat merasai konsep Iftar Cita rasa Kampung Lah yang kami sajikan kepada semua,” ujarnya.

Kmapung lah 3

NIKMAT RASA HALWA TELINGA

Mendapat sentuhan cef popular dan juga pemilik bersama, Chef Ibnu yang terkenal dengan masakan kampung asli, Kampung Lah turut menyediakan hidangan kambing golek yang
berbeza daripada destinasi berbuka lain.

“Di Kampung Lah, proses penyediaan kambing golek berbeza. Kami menggunakan teknik salai sebelum menggoleknya untuk memberi aroma dan rasa berbeza dalam setiap suapan. Kami menggunakan tempurung kelapa di samping perapan istimewa.

 

“Malah, kelainan yang kami tampilkan adalah kambing golek akan sentiasa bergolek di atas pemanggang sehingga tamat sesi iftar. Apabila kambing golek pertama habis, kami akan terus menggolek yang baharu.

Kampung Lah 1

“Itu untuk memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan-hidangan istimewa kami tanpa henti. Kita mahu pengunjung dapat bergurau senda, menikmati juadah tanpa risau tentang jumlah hidangan yang disediakan,” katanya.

Iklan

Selain kambing golek, pengunjung juga berpeluang untuk merasai Mee Sotong Hj Tamin yang popular di Johor. Itu antara keistimewaan yang diperkenalkan Kampung Lah tahun ini kepada pengunjung.

“Tahun ini juga, sudah semestinya kami membawakan pelbagai aktiviti dan acara termasuk dendangan muzik daripada kumpulan Alun Tradisi yang dikenali ramai. Nikmat rasa dan halwa telinga kami sajikan tahun ini.

kampung lah 2

“Kita juga ada beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan. Ada juga aktiviti lain bersesuaian dengan konsep dan tema kampung kami tahun ini,” kongsinya.

Untuk info, Iftar Citarasa Kampung-Lah akan membuka tirai hidangan pada 15 Mac depan sehingga 5 April 2024 dengan tawaran harga mampu milik bermula RM98 (early bird) dan
RM109 untuk pengunjung.

Iklan

Selain itu, tawaran potongan 50 peratus kepada kanak-kanak dan warga emas juga turut ditampilkan selain potongan harga istimewa untuk organisasi bagi belian kuantiti besar.

Kampung Lah mula beroperasi pada 2022 dan mempunyai tiga cawangan di Kota Damasara, Summit USJ dan Serdang (Kampong Salai).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!