NEGARA kita memang kaya dengan pelbagai jenis makanan antaranya Thai, masakan kampung, Barat, Cina, India, Cina Muslim, Baba Nyonya dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah, banyak resipi makanan yang dikongsi di laman sosial menjadi tular sekali gus diburu ramai.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Jika sebelum ini kek titisan hujan jadi bualan, kini menu crab rangoon pula tular.

Crab rangoon yang sesuai dihidangkan sebagai juadah minum petang itu nampak sangat mengiurkan!

Seperti yang dikongsi oleh pengguna TikTok @amirulzikry. Video cara membuat crab rangoon dia telah meraih lebih 3.2 juta tontonan dan hampir 400 ribu tanda suka.

[VIDEO]Juadah 'crab rangoon' tular, resipi mudah lelaki ini raih 3.2 juta tontonan

Ayuh cuba membuatnya, sangat sesuai dimakan seisi keluarga!

Bahan-bahannya;

  • Cream cheese
  • Crab stick / jejari ketam
  • Daun bawang
  • Bawang putih
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Kulit wantan

Cara membuatnya;

1. Potong bawang putih, daun bawang dan isi ketam sehingga halus. Gaul semua bahan bersama cream cheese dalam satu bekas.

2. Masukkan sedikit garam.

Iklan

3. Kemudian, gunakan kulit wantan. Kepalkan inti yang digaul tadi dan masukkan ke dalam kulit wantan. Bentukkan. Boleh mengikut kreativiti sendiri.

Baca juga Tak menang tangan lepas viral, gerai nasi dagang bekas cef diserbu seawal 6 pagi, 60 kg ‘sold out’ 2 jam!

4. Seterusnya, goreng kulit wantan tadi dalam minyak panas sehingga warna keemasan.

Iklan

5. Boleh dihidangkan bersama sos Thai atau sos cili.

Selamat mencuba!

@amirulzikryyyyy Sedap teruk ya crab rangoon ni #crabrangoon ♬ UP – INNA