Wah! iPhone kini boleh dinyah-kunci walau ketika pakai pelitup muka dengan iOS 15.4

Apple iOS 15 ditawarkan bermula 20 September, ini senarai iPhone yang boleh menyokongnya
Apple iOS 15 ditawarkan bermula 20 September, ini senarai iPhone yang boleh menyokongnya
A
A
A

BERITA gembira buat pengguna iPhone, Apple kini telah mula menawarkan kemaskini iOS 15.4 kepada para penggunanya seluruh dunia.

Namun apa yang membuatkan lebih keterujaan, Apple membawakan salah satu ciri yang dinantikan ramai, iaitu nyah-kunci iPhone menggunakan FaceID walaupun ketika memakai pelitup muka.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun, ciri ini hanya terhad kepada penggua iPhone 12 dan iPhone 13 yang menjalankan iOS 15.4 sahaja.

Bagaimanapun, pengguna iPhone generasi lain mungkin boleh gunakan kaedah bersama Apple Watch untuk memudahkan anda nyah-kunci peranti ketika memakai pelitup muka.

Baca juga Tetikus antipeluh dengan reka bentuk lebih moden, prestasi cemerlang hingga 50 juta klik

iPhone 12 pro

Dengan langkah ini, pengguna boleh menggunakan imbasan Face ID untuk mengakses peranti dan tidak perlu tanggalkan pelitup muka untuk nyah-kunci.

Di samping itu, iOS 15.4 turut hadir dengan sejumlah emoji baharu, suara Siri baharu, selain beberapa kemaskini melaluinya.

Baca juga Kelebihan skrin lebih lebar, HONOR Magic V mampu bertahan dengan 200,000 lipatan untuk 5 tahun

Bagi mereka yang menggunakan iPhone, boleh ke halaman Settings > General > Software Update untuk memulakan proses kemaskini hari ini.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: Amanz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca