JIKA kaum wanita digalakkan memeriksa payu dara secara berkala sebagai langkah pengesanan awal kanser, begitu juga dengan golongan adam.

Lelaki juga sepatutnya membuat pemeriksaan buah zakar untuk kesan kemungkinan kanser testis.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, kanser testis merupakan kanser orang muda kerana lazimnya berlaku pada lelaki berumur antara 15 – 45 tahun.

Katanya, penghidap kanser mempunyai harapan yang cerah untuk pulih, sekiranya kanser dikesan dan dirawat awal.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Anak lelaki besar tanggungjawab menanti, ini perkara biasanya mereka perhati si bapa

Ini cara mudah melakukan pemeriksaan sendiri;

1. Periksa diri sendiri di rumah. Pastikan berada di tempat tertutup seperti di bilik air.

2. Seeloknya periksa ketika mandi air suam. Kalau mandi air sejuk, nanti kerandut buah zakar mengecut dan jadi sukar nak periksa.

Iklan

3. Periksa buah zakar dengan jari. Buah zakar berbentuk sfera lonjong, dan di belakang dan atasnya terdapat salur (tiub) yang dinamakan epididimis.

4. Permukaan buah zakar seharusnya licin kecuali di bahagian yang terdapat epididimis. Bandingkan antara buah zakar kanan dan kiri.

5. Buah zakar kanan dan kiri kadang kala tak sama besar atau tak sama tinggi kedudukannya. Namun perbezaannya seharusnya tak begitu ketara.

Baca juga Jangan amal minum jus buah-buahan secara berlebihan. Ini penemuan terbaharu saintis yang mengejutkan

6. Jika ada benjolan, bengkak, sakit, kulit menggerutu, atau perbezaan terlalu ketara antara buah zakar kanan dan kiri, maka jumpalah doktor.

Periksa buah zakar kalian setidak-tidaknya sebulan sekali. Jika ada kemusykilan, jangan segan untuk pergi jumpa doktor. Mohon doktor lelaki periksa.

Iklan

Kepada isteri-isteri pula, kalau sayang suami jangan lupa ingatkan para suami untuk periksa buah zakar mereka, tau!

Semoga bermanfaat.