Wanita India santuni warga emas, hadiahkan kuih dan baju raya undang sebak warganet. ‘Apa itu racist? Inilah bangsa kita’
KEUNIKAN Malaysia terletak pada masyarakatnya yang berbilang kaum dan mampu hidup aman, bahagia serta saling bertoleransi antara satu sama lain.
Perkara itu dibuktikan menerusi satu perkongsian menyentuh hati apabila seorang wanita India menyantuni seorang warga emas dengan membawa kuih, duit serta baju raya sebagai hadiah kepada nenek tersebut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Perkongsian yang tular di TikTok milik priyangka_.01 itu sedikit sebanyak telah menjentik emosi ramai dengan kebaikannya yang membantu warga emas yang tinggal seorang diri itu.
Difahamkan, nenek yang menetap di Kluang Johor tersebut mempunyai anak yang berada di Pulau Pinang. Namun, tidak dinyatakan dengan jelas mengapa beliau tinggal sebatang kara.
Paling menyentuh hati, wanita India tersebut pula berkali-kali mengucapkan “I love you”, seolah-olah sedang menyantuni ibu kandung sendiri.
Meskipun nada suara wanita tersebut agak ‘garang’, namun nilai kasih sayang yang terpancar dalam video berkenaan jelas dirasai.

Menurutnya, dalam rumah kecil itu, nenek berkenaan hanya memasak sendiri untuk meneruskan sisa hidupnya. Kediamannya juga dilaporkan agak berbau, tidak terurus dan dipenuhi najis tikus.
“Rumah nenek tak bersih, najis tikus banyak dan baunya kuat. Kasihan tengok nenek, mungkin esok saya datang tolong bersihkan rumah nenek,” ungkapnya.
Menerusi ruangan komen, wanita berkenaan menjelaskan bahawa, beliau bukan jiran sebelah, sebaliknya tinggal di taman perumahan yang berasingan. Kebetulan dirinya telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
Tindakan wanita tersebut dipuji ramai yang turut mendoakan kesejahteraan buatnya atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap warga emas itu.
"Apa itu racist? inilah bangsa kita."
"Terima kasih puan...moga puan panjang umur sihat tubuh badan dimurahkan rezeki...kalau semua rakyat Malaysia yg berbilang bangsa."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
