Wow! Honda City Baharu tawar 5 varian. Tampil dengan edisi Petrol & e:HEV RS
BERITA baik buat peminat Honda Malaysia apabila jenama terkemuka itu memperkenalkan varian Petrol RS untuk model Honda City Baharu buat pertama kalinya.
Lazimnya, untuk model RS, hanya pilihan hibrid sahaja ditawarkan untuk model sebelum ini.
Namun, pada kali ini, pengguna diberi opsyen Petrol RS yang bakal memberi lebih kepuasan kepada pelanggan.
Harga untuk Petrol RS ditawarkan bermula RM99,900.
Pengenalan tersebut melengkapkan empat lagi varian baharu yang ditawarkan iaitu e:HEV RS, V, E dan S yang dijual bermula RM84,900 hingga RM111,900.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, populariti City memang luar biasa apabila lebih 423,000 unit terjual sejak diperkenalkan pada tahun 2002.
“Lebih membanggakan, Malaysia ialah negara pertama di dunia yang memperkenalkan City Generasi ke-5 dengan varian e:HEV RS untuk segmen B pada tahun 2020.
“Justeru itu, demi memberikan lebih banyak tawaran nilai dan ciri, Honda City Baharu dijual untuk dua varian RS sekali gus memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan,” katanya sempena Majlis Pelancaran Honda City Baharu di Forest Valley Hall, Cheras, Selangor semalam.
Menariknya, varian Petrol RS dan e:HEV RS bagi City Baharu lebih panjang dan luas dengan reka bentuk bampar yang diperbaharui iaitu 4,589 milimeter (mm) manakala varian S, E dan V adalah 4,580 mm.
Desain face-lift lebih bergaya dan mewah itu membuatkan keluaran City Baharu kali ini lebih menarik perhatian, lebih-lebih lagi part harga yang boleh dikatakan berpatutan.
Berikut perincian lain City Baharu:
i) Untuk edisi RS, reka bentuk gril depan honeycomb dan skriting sisi baharu, gril bawah yang lebih kemas dengan lambang RS yang ditambah baik.
ii) Rangkaian kuasa 1.5L e:HEV untuk varian RS yang menghasilkan output maksimum 109PS dan tork 253Nm.
iii) Enjin 1.5 DOHC i-VTEC untuk Petrol RS mampu memberikan kuasa maksimum 121PS dan tork 145Nm.
Baca juga Honda City RS lebih power, ubah landskap segmen B Malaysia
iv) PaddleShift didatangkan untuk ciri standard bagi semua varian Petrol manakala PaddleSelectorDeceleration untuk e:HEV RS.
v) Varian RS dilengkapi sistem Apple CarPlay tanpa wayar, Android Auto dan Meter TFT tujuh inci.
vi) Varian V,E dan S dinaik taraf dengan ciri baharu iaitu lapan pembesar suara, antara muka baharu untuk paparan audio, kamera pandang belakang berbilang sudut dan port USB jenis C baharu.
vii) Kekal dengan kapasiti tempat duduk belakang 60:40 dengan ruang kargo lebih luas.
Selain dilengkapi dengan Honda Connect, tahap keselamatan juga dipertingkatkan untuk semua model dengan ciri Honda Sensing seperti berikut:
1. Low Speed Follow (untuk e:HEV RS sahaja)
2. Lead Car Departure Notification
3. Adaptive Cruise Control
4. Forward Collision Warning
5. Collision Mitigation Braking System
6. Lane Keep Assist System
7. Road Departure Mitigation
8. Lane Departure Warning
9. Auto High Beam
Lapan pilihan rona dinamik ditawarkan termasuk lima warna baharu iaitu Ignite Red Metallic, Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl.
Untuk info lanjut, layari www.honda.com.my atau kunjungi bilik pameran berhampiran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang