'Saya dan bekas suami kini seperti abang adik.' Anak lelaki Rossa lebih selesa ibu dan bapa tidak rujuk semula

No Image Caption
A
A
A

ANAK lelaki kepada penyanyi Datuk Seri Rossa menyatakan pendiriannya tidak mahu melihat ibu dan bapa kandungnya, Surendro Prasetyo rujuk semula sebagai suami isteri.

Perkara itu didedahkan sendiri penyanyi dari seberang itu. Menurut Rossa, anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan mahu dirinya kekal sebagai sahabat kepada bekas suaminya itu.

“Saya secara peribadi tak ada (cinta), tapi hanya keluarga.

“Rizky juga tidak memaksa kami kembali.Hubungan kami lebih baik sekarang.Saya dan Yoyo seperti abang dan adik.Kami sekarang harmoni seperti keluarga,”katanya.

Rossa berkata demikian semasa ditemui pada sidang media All Access to Rossa 25 Shining Years di Pavillion, baru-baru ini.

No Image Caption

Pelantun lagu Atas Nama Cinta itu turut memperakui kehendak anak terunanya. Sementelah beliau sendiri lebih selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal anak satu.

“Kami bercerai secara baik dan saya faham terdapat pasangan yang sesuai untuk kekal sebagai suami isteri.

“Tetapi ada juga segelintir pasangan yang mungkin tidak sesuai untuk bersama-sama sebagai suami isteri lagi," ujarnya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu, penyanyi berasal Indonesia itu kini mengungkap perjalanan hidup dan kerjayanya di dalam sebuah filem dokumentari iaitu All Access to Rossa 25 Shining Years.

Filem dokumentari yang bakal ditayangkan itu merupakan perkongsian hidup dalam menyelami sisi berbeza sebagai ratu pop Indonesia selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik.

Sebagai rekod, Rossa dan Surendro atau lebih dikenali sebagai Yoyo mendirikan rumah tangga pada 2004 namun ikatan pernikahan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadan yang kini berusia 18 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang