Berpisah tetap baik, silaturahim Shikin Maembong dengan bekas mentua Chef Wan jadi inspirasi. Sempat beraya bawa Cat Farish

No Image Caption
A
A
A

HUBUNGAN dengan mentua tidak akan terputus biarpun sudah bercerai. Silaturrahim yang terjalin terus utuh apatah lagi jika mempunyai cahaya mata!

Seperti isteri kepada penyanyi Cat Farish, Shikin Maembong yang kekal mengunjungi bapa mentua, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan sempena hari raya Aidiladha baru-baru ini dengan membawa bersama anak, Putri Arianna dan suami baharunya itu.

"Raya haji di rumah atuk Chef Wan. Atuk spontaneous funny walaupun baru pertama kali jumpa Cat Farish. Dua-dua kelakar, riuh rumah," kongsi Shikin.

Dalam masa yang sama, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli kelihatan teruja dengan layanan Chef Wan.

"Saya beruntung sebab papa (Chef Wan) buatkan air kopi," titip Cat Farish.

No Image Caption

Menjengah ke ruangan balas, tersentuh dengan hubungan baik keluarga Chef Wan dan bekas menantu dan tidak memutuskan pertalian biarpun Shikin dan anak sulungnya sudah bercerai.

No Image Caption

"Suka tengok walaupun sudah bercerai tetap layani dengan baik. Terbaik Chef Wan."

"Islam mengalakkan menjaga erat silahturrahim dan Chef Wan telah menunjukkan contoh yang baik. Silaturrahim tetap dijaga walaupun jodoh anaknya tidak berpanjangan."

"Bagus Chef Wan, walaupun sudah bercerai tetap melayan bekas menantu dengan baik. Chef Riz pun baik dengan bekas isteri."

"Alhamdulillah, seronok tengok. Teruskanlah menjaga ukhuwah ini. Sesungguhnya banyak kebaikan terutama pada cucu."

No Image Caption

Baca juga: Doa ibu makbul, Cat Farish menuju hari bahagia bersama Shikin Maembong

Baca juga: Cat Farish sah bergelar suami Shikin Maembong dengan sekali lafaz

Baca juga: 'Tak seindah disangka', Shikin Maembong kongsi cerita hidup jadi isteri kedua

Untuk info, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Chef Wan, Mohd Nazri atau lebih dikenali sebagai Chef Riz pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasha yang kini berusia sembilan tahun.

Shikin berkahwin buat kali kedua sebagai isteri kedua pada Mac 2020, namun, berpisah dua tahun kemudian.

Kakak Emma Maembong itu kemudian mendirikan Cat Farish pada 13 Julai tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang