Hafidz Roshdi yakin kemelut perkahwinan bukan punca diri tak laku di stesen televiyen

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS hampir setahun tidak munculkan diri di kaca televisyen, pelakon Hafidz Roshdi bersyukur diberikan peluang kedua untuk membintangi drama bersiri Bawah Payung Awan 2.

Beliau mengakui, kesempatan yang diberikan ini adalah permulaan positif buat kerjaya lakonannya selepas terpalit beberapa kontroversi.

“Alhamdulillah, saya seolah-olah diberikan peluang kedua apabila kembali menerima tawaran lakonan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Muhammad Hafidz Roshdi itu tidak memperakui kerjayanya terhenti tahun lalu disebabkan kemelut perkahwinannya sebelum ini. Sebaliknya, anak kelahiran Selangor itu melihat perkara tersebut sebagai soal rezeki.

Ujarnya, sebelum ini nama suami kepada Athira Yuhada itu tidak diluluskan stesen televisyen walaupun dilamar untuk menjayakan sebuah drama.

“Semoga ini menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan sekali gus meraih kepercayaan stesen televisyen arus perdana,” katanya.

“Harapan saya, semua pihak terutama penerbit, pengarah serta penggiat seni dapat ketepikan soal kontroversi dan lihat bakat saya," ujarnya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu turut berkata, pekerjaan sebagai penghantar barang yang dilakukan ketika ini merupakan terapi baginya yang disahkan bipolar pada 2021.

“Ada hikmah di sebalik pekerjaan ini yang membolehkan saya berjumpa ramai orang dan menenangkan diri selepas disahkan bipolar pada 2021,” katanya.

Baca juga:

Shuhada enggan toleh ke belakang, mahu terus terbang tinggi. 'Saya mahu anak-anak bina memori baharu yang menggembirakan'

Baca juga:

Puteri Sarah dedah Bella masih tidak boleh terima kenyataan bercerai, dalam fasa sesuaikan diri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang