'Mahu pasangan yang sempurnakan agama dan kekurangan diri.' Selesa hidup membujang, Kilafairy anggap ini peluang berbakti kepada ayah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON jelita, Kilafairy tidak melenting ketika menjawab persoalan mengenai status dirinya yang masih membujang sehingga kini.

Pemilik nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan,32, mengakui lebih selesa dan tenang menjalani kehidupan bujang tanpa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

Selain berserah urusan jodoh kepada YANG MAHA ESA, Kila percaya, Tuhan sedang merancang untuk dirinya terus berbakti kepada ayahnya memandangkan mereka masih tinggal bersama.

“Saya gembira menjalani kehidupan bujang dan tidak terfikir untuk berumah tangga dalam tempoh masa terdekat.

“Jika ingin berkahwin sekali pun, kalau boleh saya inginkan pasangan yang dapat menyempurnakan agama dan kekurangan diri ini.

“Saya percaya akan ketentuan-Nya, mungkin ALLAH nak saya jaga papa dan belum masanya untuk saya berkahwin. Pun begitu, tetap bahagia hidup membujang dan tidak terburu-buru,”katanya kepada SinarPlus.

Pelakon Drama ‘Dan Hati Pun Berkata’ juga berkata, keluarganya juga tidak mendesak untuk segera mendirikan rumah tangga walaupun usianya sudah menjangkau 30 tahun.

Sekadar makluman, anak kepada penyanyi Allahyarham Rohana Jalil itu pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki bernama Sa’aid Umar Aiman yang dikenalinya sejak di bangku sekolah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang