Nurul Shuhada pilih Australia tukar angin, syukur anak-anak mudah sesuaikan diri. 'ALLAH gantikan dengan yang lebih baik'

No Image Caption
A
A
A

BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada kini berubah angin apabila mengambil keputusan berhijrah ke Australia bersama dua anaknya.

Prkongisan tersebut dibuat dalam satu hantaran di Instagram miliknnya baru-baru ini.

New life, new chapter begins here

Semoga penghijrahan ku kali ni ALLAH reda dengan ku," demikian tulisnya menerusi kapsyen.

Malah, anak kelahiran Perlis itu dalam satu siaran langsung di TikTok, mengakui kehidupannya kini semakin baik dan tenang.

No Image Caption

Akuinya, sebelum ini beliau pernah mempersoalkan nasib hidupnya apabila gterpaksa melalui pelbagai ujian, termasuklah perceraian. Pun begitu, beliau Kembali positif dan melihat ada hikmah disebalik apa yang berlaku dalam hidupnya.

"Dulu saya memang terfikir mengapa ALLAH berikan ujian sebegini, apa salah saya?. Namun, saya bersangka baik dan DIA gantikan dengan benda lebih baik.

"ALLAH izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia)," ujarnya.

Malah, beliau mengharakan perpindahan tersebut akan memberikan perubahan yang lebih baik terutama buat anak-anaknya.

Terdahulu, Shuhada mengumumkan dia telah berhijrah ke Australia bersama anak-anaknya dan kini menetap di Melbourne. Difahamkan, penghijrahannya itu adalah untuk menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan di sana.

Shuhada juga tidak menolak kemungkinan untuk terus menetap di Australia buat jangka masa panjang dan tidak merancang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

Keputusan ini dibuat atas dasar mencari kestabilan dan peluang hidup yang lebih baik untuk dirinya serta anak-anak.

No Image Caption

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata termasuk selebriti dan pengikutnya memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat ibu tunggal tersebut.

'Cari ilmu kerana ilmu tak pernah mengecewakan.'

'Take care Shu! Im sure you gonna have a good life there insha-ALLAH.'

'moga sentiasa dilindungi ALLAH! take care and all the best shuuu Live well!'

'Saya doakan Shu sentiasa dilindungi ALLAH, semoga sentiasa dibawah rahmatnya walau di mana berada.'

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang