‘Buat airport macam kita rasa pergi Hawaii’ - Azhar Sulaiman sedia bantu makeover LTSAS
PELAKON dan pengacara, Azhar Sulaiman tampil dengan cadangan menarik untuk mencantikkan semula Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di Kuantan, Pahang.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Azhar atau lebih mesra disapa Behar turut menyuarakan hasrat untuk terlibat sama sekiranya pihak kerajaan mahu menaiktaraf lapangan terbang berusia 50 tahun itu.

Menurut anak jati Bentong yang juga seorang arkitek dan pereka,, Kuantan belum memerlukan lapangan terbang baharu, sebaliknya cukup dengan proses penambahbaikan dan penyegaran dari segi reka bentuk dan kemudahan dalaman.
“Pandangan saya, Kuantan tidak perlukan airport baharu sekarang tapi kemudian hari. Airport Kuantan hanya perlu di revamp kembali sahaja.

“Dan juga ditambah baik few items here and there untuk memberi experience manis kepada end users,” katanya pada ruangan kapsyen.
Lebih menarik, Behar turut menyarankan agar khidmat arkitek luar negara seperti dari Norway dan Ireland dipertimbangkan bagi menambah sentuhan antarabangsa pada rekaan lapangan terbang itu.

Ujarnya, konsep hiasan dalaman dan landskap yang lebih segar serta menarik itu seiring dengan negeri Pahang yang terkenal sebagai destinasi pelancongan kaya alam semula jadi.
“Subang Airport to Kuantan, tiga flights daily…bayangkan kesenangan nak ke Teluk Chempedak atau Tanjung Lumpur untuk ikan bakar.

“Buatlah airport kuantan dengan rasa macam kita pergi Hawaii…with nice landscaping, plants and trees - Airport in the garden,” tulisnya.
Sebagai rekod, LTSAS yang dirasmikan pada 27 Oktober 1974 oleh Almarhum Sultan Pahang ketika itu pada asalnya dibina untuk tujuan ketenteraan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
