'Ini impian terbesar saya' – Jasmin Suraya kongsi rasa terharu, bangga Filem lakonan wakili Malaysia ke Oscar

No Image Caption
A
A
A

KEJUTAN manis untuk Jasmin Suraya apabila filem lakonannya, Pavane for an Infant, dipilih mewakili Malaysia untuk kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-98 di Los Angeles tahun depan.

“Saya memang terkejut dan tak sangka langsung filem ini terpilih. Tahun ini banyak filem tempatan hebat, tapi Pavane for an Infant berjaya menonjol.

"Perasaan terharu tu memang sukar nak digambarkan,” kongsi Jasmin.

Bagi pelakon muda ini, kejayaan filem bukan diukur melalui kutipan box office semata-mata. Sebaliknya, katanya, kekuatan cerita dan sinematografi yang jujur menjadi kunci.

“Ini kali pertama saya terlibat dalam filem yang wakili Malaysia ke Oscar.

"Saya harap kejayaan ini membuka ruang kepada lebih banyak karya tempatan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya.

No Image Caption

Filem terbitan Janji Pictures Production Sdn Bhd ini bukan sahaja mencipta nama di Malaysia, malah sudah mencuri perhatian di festival antarabangsa seperti Festival Filem New York Asia Ke-24 dan Festival Filem Golden Horse Taipei.

“Ini mengingatkan kita bahawa jalan cerita yang menyentuh jiwa tetap penting.

"Filem ini bukan karya arus perdana, tetapi nilai seni dan kemanusiaannya cukup kuat,” tambah Jasmin.

Dalam Pavane for an Infant, Jasmin memegang watak Nurul, seorang wanita yang dilahirkan sebagai khunsa. Cabaran lakonannya bukan sekadar fizikal, tetapi mendalami konflik dalaman karakter itu.

“Nurul dilahirkan dengan dua jantina, tapi ayahnya memilih membesarkannya sebagai wanita. Bayangkan, hak untuk tentukan siapa diri sendiri diambil orang lain.

"Dari situ lah muncul rasa kosong, marah dan sedih yang saya cuba salurkan dalam lakonan,” jelas Jasmin.

Untuk menyelami watak ini, Jasmin belajar menunggang motosikal dan pergi ke set penggambaran seorang diri, sambil menerima tunjuk ajar daripada pelakon senior, Ida Nerina.

Selain Jasmin, filem ini turut dibintangi Fish Liew, Natalie Hsu, Ben Yuen dan ramai lagi. Pavane for an Infant mengisahkan Lai Sum yang bekerja di pusat perlindungan bayi, membantu seorang remaja hamil bawah umur menghadapi dilema menggugurkan kandungan. Perjuangan mereka akhirnya menentang patriarki dan tekanan agama, menguji keselamatan dan maruah diri.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang