Kehamilan ketiga & slip disc, Ayda Jebat bakal berpantang di rumah sendiri- 'Dengan dua anak, rumah mesti macam tadika'

No Image Caption
A
A
A

HAMIL anak ketiga bukan alasan bagi Ayda Jebat untuk berehat sepenuhnya.

Biarpun sedang sarat, penyanyi dan pelakon ini tetap tampil ceria, bertenaga, dan happy go lucky, personaliti yang cukup sinonim dengannya.

Dalam temu bual santai baru-baru ini, Ayda berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan, tip kekal aktif, serta persediaan berpantang di rumah sendiri.

"Kalau tengok saya sekarang, mungkin orang kata, ‘eh, sarat hamil pun masih bertenaga, ya?’

"Memang betul, saya sedang sarat hamil anak ketiga. Namun, pada masa sama, saya cuba kekal aktif dan positif.

"Bagi saya, kehamilan bukan alasan untuk berhenti daripada menikmati hidup.

"Kita masih boleh keluar, bekerja, dan lakukan apa yang kita suka, asalkan tahu limit diri sendiri," ujar wanita berusia 33 tahun itu lagi.

No Image Caption

Pemilik nama sebenar, Nur Suhada Jebat, turut mengakui kehamilan ketiga membawa pengalaman berbeza berbanding dua anaknya sebelum ini.

"Bila dibandingkan dengan dua kehamilan sebelum ini, saya akui tenaga memang berbeza sikit.

"Betul lah orang cakap, bila kita nak mengandung tu ada had umur sampai umur ni boleh mengandung, tapi makin tua tu makin berbeza lah stamina tu," ungkapnya.

Berkongsi tentang makanan pula, jambu batu menjadi kegemaran utama Ayda sepanjang kehamilan.

"Jambu batu memang wajib ada hari-hari, berkilo-kilo saya beli. Pagi dan malam saya mesti makan.

"Kalau tak dapat, cepat rasa mahu pulang ke rumah, nak potong dan makan," kongsinya sambil tertawa.

Ayda juga mendedahkan pengalaman mengandung dengan slip disc, isu yang ramai orang tertanya-tanya.

"Sebenarnya ramai juga yang tanya, kita first time ada slip disc, lepas tu kita first time pregnant masih ada slip disc. So apa akan jadi? Adakah kita akan sakit setiap malam ke apa ke?

"Masa awal-awal, doktor dah cakap dengan saya akan sakit sedikit. Kalau teruk memang kena totally rest. Bad rest tapi alhamdulillah sebenarnya tak sakit apa-apa.

"Sampai sekarang, tak ada sakit. Belakang saya kalau ikutkan, dua pregnancy sebelum ini lebih sakit belakang daripada yang ni. Tak pernah dia tak triggered lagi lah part slip disc tu," jelasnya.

Proses berpantang

Ditanya mengenai proses berpantang memandangkan sudah punya pengalaman sebelum ini, isteri kesayangan pelakon Nabil Mahir itu mengakui setiap pengalaman berbeza-beza.

No Image Caption

"Ketika anak pertama, saya pantang di rumah mama Nabil. Kebetulan ibu saya tinggal di Melaka. Anak kedua pula pantang di hotel.

"Kali ini, saya pilih untuk berpantang di rumah sendiri. Kalau di rumah sebelum ini memang suasana berbeza sebab ramai dan juga kanak-kanak.

"Cuma kalau di hotel lebih sunyi dan privasi. Kita rasa lebih relaks, tak perlu nak fikir, ‘Alamak orang nak masuk bilik ke? Kita nak kena pakai apa ke dan sebagainya.’ Namun, bagi saya dua-dua pun okey.

"Kalau nak pantang dekat rumah boleh. Dekat luar sekarang ni kan banyak confinement center juga.

"Cuma untuk anak ketiga ini, saya pilih untuk berpantang dekat rumah sendiri. Macam mana tu eh? Dengan dua anak lagi, mesti rumah macam tadika nanti," seloroh Ayda lagi.

No Image Caption

Ayda sebelum itu sempat hadir di majlis pelancaran Glow & Grow Duo oleh Watsons MY dan Kinohimitsu di Pavilion Damansara Heights.

Jadi, untuk semua ibu di luar sana yang sedang hamil atau berpantang, enjoy sahaja proses ini. Kekalkan senyuman, urus diri sendiri dengan baik, dan jangan lupa jaga mood. Setiap kehamilan unik, dan kita layak nikmati setiap momen dengan penuh rasa syukur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang