‘Rasa tak okay buat macam semua normal’ - Anis Nabilah henti seketika buat content makanan

No Image Caption
A
A
A

NAMA Anis Nabilah bukan lagi asing dalam dunia masakan tempatan. Cef selebriti yang sering menceriakan pengikutnya dengan pelbagai resepi menarik itu telah membuat keputusan yang cukup menyentuh hati baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Anis memaklumkan, dia tidak lagi akan berkongsi sebarang kandungan berkaitan makanan buat sementara waktu.

Menurutnya, langkah itu diambil sebagai tanda solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin yang sedang berdepan krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza.

No Image Caption

Anis turut mengakui berasa kurang senang untuk terus memuat naik gambar atau video makanan ketika berjuta-juta penduduk di Gaza sedang berjuang untuk mendapatkan keperluan asas.

“Sebagai tanda solidariti, saya tak akan post apa-apa content makanan buat masa ini. Sekarang, berjuta-juta rakyat Gaza tengah hadapi kebuluran paksa.

“Bukan sebab perang sahaja, tapi atas dasar yang sengaja dibuat oleh kerajaan Israel. Makanan disekat, air bersih tak ada, bantuan perubatan pun tak lepas.

No Image Caption

“Ramai yang meninggal sebab kelaparan. Benda ini tak patut dianggap biasa. Tak patut kita diam sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Anis turut menyeru orang ramai supaya tidak terus berdiam diri berkaitan isu tersebut.

“Kalau korang baca ini, harap luangkan sikit masa untuk ambil tahu, bersuara, derma atau paling kurang jangan pandang sebelah mata dan sentiasa doakan mereka.

No Image Caption

“Saya pilih untuk berhenti share content makanan buat masa ini sebab saya tak rasa okay nak terus buat macam semuanya normal,” ujarnya lagi.

Tindakan Anis menerima reaksi positif daripada kalangan pengikutnya yang turut berkongsi perasaan sama selain memberi penghargaan kepada Anis kerana menggunakan pengaruhnya dalam menyebarkan isu berkaitan Palestin.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang