“Selama ini sibuk dengan urusan kerja…” Exists tidak sangka terima tajaan menunaikan umrah selepas tiga dekad bersama

No Image Caption
A
A
A

Kita semua pasti mengimpikan untuk menunaikan umrah seawal yang mungkin namun kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Ada duit yang banyak, ada masa yang lapang dan ada keinginan yang besar bukan jaminan untuk kita dapat menjadi tetamu-Nya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Mendapat tajaan ke tanah suci merupakan rezeki yang tidak disangka oleh anggota kumpulan Exists apabila dipelawa untuk menunaikan umrah menerusi program Umrah Langkah Seiringan Exists pada 21 Januari yang lalu.

Tiga dekad bersatu membangunkan nama Exists, kali ini mereka diberi peluang untuk membuat kelainan. Ezad Lazim, Along, Musa Radhi, Ujang dan Ajai teruja dapat menunaikan ibadah umrah bersama peminat yang sentiasa menyokong kejaya seni mereka dari dahulu sehingga sekarang ini walaupun tidak lagi sebumbung.

No Image Caption

"Mereka yang bawa saya dalam Exists dan naikkan nama saya. Tak sangka tuah kami sampai ke tahap ini. Alhamdulillah tahun lalu saya tunai umrah bersama isteri, anak-anak dan mentua. Sekarang dengan Exists pula.”

“Anugerah dari Yang Maha Kuasa. Siapa sangka dari awal persahabatan dan perjuangan kami dalam industri seni ini, segala kisah suka duka dapat membawa kami menunaikan umrah bersama” ujar Ezad Lazim melalui hantaran peribadi di laman Instagram miliknya.

Ezad yang sudah kali ketiga menunaikan umrah masih berasa teruja untuk kali ini kerana merasakan pengalaman yang berlainan setiap kali ke tanah suci. Beliau juga menanam hasrat dapat dijemput untuk menunaikan haji pada masa akan datang.

No Image Caption

"Mungkin selama ini kami sibuk dengan urusan kerja. Kali ini kami disatukan tak boleh diasingkan untuk pergi umrah bersama-sama. Kami juga akan bawa saudara sesama Islam (peminat) untuk sama-sama buat ibadah dan bersuai kenal,” ujar Ajai.

Sepertinya ALLAH sudah tahu niatnya untuk menunaikan umrah pada hujung tahun ini untuk membawa isteri dan anak-anak. Bila dapat panggilan tersebut, Ajai menitipkan rasa syukur kerana bukan semua diberi peluang keemasan seperti ini.

Musa Radhi pula mengakui belum pernah menunaikan umrah dan suka membaca sirah Nabi.

No Image Caption

"Melalui bacaan pun air mata saya boleh gugur, inikan pula dapat menziarahi tempat penuh bermakna itu.”

"Sudah pasti ini adalah peluang terindah buat saya kerana dapat menjejak kaki ke sana dan menziarahi makam dan melihat sejarah peninggalan Rasulullah SAW. Lebih indah lagi kerana saya akan pergi ke sana dengan anggota lain Exists,” kata Musa Radhi.

Sementara itu, Along meluahkan rasa syukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun dengan cara yang bukan dalam perancangan. Mereka memang berniat untuk menunaikan umrah bersama dan mencari-cari peluang masa yang sesuai untuk melaksanakan ibadah ini namun ALLAH lebih tahu apa yang terbaik.

"Perkara ini saya dah fikirkan sejak tahun lalu lagi dan saya mencari-cari tarikh sesuai untuk bawa anggota Exists bersama. Akhirnya saya ternampak agensi ini, Darmina Revolution dan tak sangka mereka nak taja kami.”

No Image Caption

"Saya amat teruja, namun susah nak gambarkan perasaan kerana belum ada pengalaman di tanah suci. Semoga program ini mendatangkan manfaat untuk semua," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang