Kerjasama dengan jenama terkenal & Bella Astillah, Syed Sadiq raih RM1 juta, sumbang untuk warga Muar. 'Alhamdulillah, rasa gembira luar biasa'
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/thumbs/900x900/3005733.jpg)
KEAKRABAN antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon kecil molek, Bella Astillah baru-baru ini mengundang kontroversi.
Lebih-lebih lagi apabila Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membawa Bella balik ke kampung halamannya.
Kemesraan yang dipamerkan oleh dua orang anak muda itu disebabkan oleh tuntutan kerja yang mana sama-sama menjadi duta kepada jenama fesyen tempatan terkenal, Primavalet.
Dalam perkongsian beliau di aplikasi X, Syed Saddiq menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan bernilai lebih RM1 juta yang diterima untuk diagihkan kepada warga Muar.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pemberian bantuan merangkumi pakaian tradisional, jubah, telekung dan bakul makanan.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/3005734.jpg)
“RM1 juta untuk Muar, Alhamdulillah. Saya dapat apa? Dapat kasih sayang dan rasa gembira yang luar biasa.
“Apabila saya melihat mereka yang kurang bernasib baik gembira, itu menjadikan saya orang paling gembira,” tulis beliau.
Ujar Syed Saddiq, bantuan berkenaan melibatkan 3,456 baju Melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak, manakala 1,625 pasang pakaian tersebut diperuntukkan kepada golongan orang tua.
Tambahnya, rakyat Muar juga diberikan sumbangan seperti 500 telekung, 500 jubah dan 800 bakul makanan.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/13/3005735.jpg)
“Macam mana boleh dapat semua ini? Bukan dengan bercuti, tetapi dengan menjadi model, buat sesi penggambaran dan panjat Gunung Kinabalu.
“Saya akan buat apa sahaja untuk manfaat warga Muar,” ujarnya.
Pada 24 Januari lalu, aksi kedua-dua mereka mendaki Gunung Kinabalu bersama menarik perhatian warga maya, ditambah lagi penampilan berbaju tradisional Melayu dengan Bella berbaju kurung, manakala Syed Saddiq memakai baju Melayu lengkap bersamping.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang