‘Mendoakan suami saya lumpuh melampau…,’ Dituduh punca kekalahan Harimau Malaya, Eyra Hazali kecewa Haziq Nadzli jadi mangsa buli siber

No Image Caption
A
A
A

ADAT dalam perlawanan apabila hanya satu pasukan yang akan pulang dengan kejayaan, manakala yang kurang bernasib baik pulang dengan tangan kosong.

Walaupun kecewa dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya pada Sabtu lalu, namun siapalah kita untuk mendoakan perkara buruk kepada pemain negara.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila segelintir peminat bola sepak negara mendoakan agar penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli, menjadi lumpuh kerana kesilapannya dalam perlawanan tersebut.

Kegagalan pemain berusia 26 tahun itu dalam mengeluarkan bola dengan baik dari kawasan bahaya sehingga memberi peluang kepada pasukan tuan rumah menjaringkan gol telah mencetuskan kemarahan peminat sukan tersebut.

Kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir peminat fanatik bola sepak negara telah menyebabkan isteri penjaga gol berkenaan, Eyra Hazali, berasa kecewa susulan tindakan kurang matang itu.

Menurut Eyra, beliau terbuka untuk menerima kritikan dan kecaman, namun mendoakan perkara buruk terhadap suami dan anak-anaknya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan dianggap sudah melampaui batas.

Artikel Berkaitan:

“Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima.

“Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh, libatkan anak-anak kami adalah melampau,” tulisnya.

Namun begitu, pemilik nama Hazirah Qasdina Hazali tetap memilih untuk bersangka baik dan mendoakan agar segala kata-kata buruk yang dilontarkan oleh netizen tidak kembali menimpa mereka atau keluarga masing-masing.

“Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga,”ujarnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memaklumkan bahawa suaminya akan sentiasa mendapat sokongan penuh daripada mereka sekeluarga, walau dalam apa jua keadaan.

Beliau juga menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dalam memberi komen dan menulis kritikan yang membina.

“Haziq akan sentiasa mendapat sokongan dari kami sekeluarga,”katanya dalam hantaran Instagram story.

No Image Caption

Sebagai rekod, Haziq dan Eyra telah mendirikan rumah tangga 1 November 2019. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Hayder Qhalish, Muhammad Endra Haqimie, Muhammad Hud Ezqandar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang