Siti Jamumall selamat bersalin anak ketiga, syukur dipermudahkan selepas ujian rumah tangga

No Image Caption
A
A
A

SYUKUR dan bahagia, itulah yang terpancar daripada wajah usahawan serta selebriti media sosial, Siti Jamumall apabila dikurniakan cahaya mata ketiga baru-baru ini.

Berkongsi khabar gembira menerusi hantaran di laman sosial, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin menzahirkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar. Dalam video pendek di TikTok, dia dilihat berada di katil hospital sambil mendakap bayinya dengan senyuman yang penuh kelegaan.

“Alhamdulillah, syukur, segalanya dipermudahkan. Untuk mana yang mendoakan, saya dah selamat bersalin jam 1.00 tengah hari tadi,” tulisnya ringkas.

Sebagai seorang pempengaruh, Siti sememangnya gemar berkongsi perjalanan hidupnya, termasuk detik manis dan pahit. Perjalanan kehamilan kali ini baginya cukup berharga kerana ia menuntut bukan sahaja kekuatan fizikal, malah juga persediaan mental yang utuh.

Dia percaya doa serta usaha konsisten menjadi kunci utama yang memudahkan segala urusan, meskipun cabaran bersalin bukanlah sesuatu yang ringan.

HADIAH  TERINDAH 

Nama Siti Jamumall sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas videonya diceraikan suami, Aiman Tak Kesah, secara langsung di TikTok tular dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Namun, ibu tabah ini memilih untuk terus melangkah dan fokus kepada kebahagiaan anak-anak.

Bagi yang tidak tahu, Siti pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 dan berpisah selepas tiga tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki – Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4. Pada Jun 2023, Siti melangkah ke fasa baharu apabila bernikah dengan Aiman dalam sebuah majlis tertutup di Satun, Thailand.

Kini, dengan kelahiran anak ketiga, kehidupan Siti semakin lengkap. Ujian lalu menjadi penguat semangat untuknya terus melangkah ke hadapan dengan jiwa yang lebih kental.

Sesungguhnya, perjalanan seorang ibu bukan sekadar tentang melahirkan zuriat, tetapi juga keberanian untuk bangkit selepas diuji. Dan bagi Siti Jamumall, inilah hadiah terindah yang menambahkan warna dalam kehidupannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang