Tiada persefahaman, isteri Fikry Ibrahim fail permohonan cerai selepas bernikah 4 bulan
HANYA selepas empat bulan perkahwinan, ikatan suami isteri pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah Alihan bergolak.
Memetik Sinar Harian, Siti Khalizah hadir memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sekitar jam 9.40 pagi bersama peguam syarie, manakala pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 itu tidak kelihatan hingga jam 10 pagi.
Sebutan kes dijalankan di hadapan Hakim Syarie pada hari sama.
Permohonan cerai tersebut dikatakan telah difailkan sekitar bulan Mei, namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak setakat ini.

Apa punca sebenar keretakan rumah tangga itu masih tidak diketahui dan semua pihak kini menunggu kenyataan lanjut daripada mereka.
Manakala, dalam laporan mStar, Siti Khalizah memohon maaf kepada media kerana tidak bersedia memberi komen berkaitan kes berkenaan.
"Saya minta maaf. Saya tidak boleh beri apa-apa komen sekarang," katanya.
Difahamkan, permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksten 74 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Menurut peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, permohonan cerai itu dibuat selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dan anak guamnya itu diberi ruang perdamaian.

Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes pasangan itu pada 10 September depan.
Terdahulu, menerusi laman sosial Fikry dilihat baharu sahaja memuat naik gambar bersama dua hari lalu dengan kapsyen menggambarkan kebahagiaan: "Engkaulah ketenangan yang meredakan segala badaiku, ketenangan di mana hatiku yang gelisah menemukan tempatnya. Cinta pertamaku dan satu-satunya."
Manakala Khalizah juga yang berkongsi foto yang sama tiga hari lalu dengan kapsyen diubah sehari kemudian dengan maksud "mengetahui bahawa aku takkan pernah mencintai jiwa lain seperti mana aku mencintai jiwamu."
Pasangan sejoli itu sahaja mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam satu acara sederhana dan tertutup di Jitra, Kedah.
Sumber: Sinar Harian, mStar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
