'Umpama 'give back' dengan makna'- Anas Zahrin serah sumbangan RM50,000 untuk G4z4

No Image Caption
A
A
A

NAMA pengasas produk kosmetik terkenal, Anas Zahrin, tidak perlu diperkenalkan lagi. 

Personaliti media sosial dan usahawan berjaya ini bukan sahaja dikenali kerana jenamanya ANAS Cosmetics, tetapi juga kerana hatinya yang pemurah dan keprihatinannya terhadap mereka yang memerlukan.

Dengan jumlah pengikut mencecah 3.6 juta di TikTok dan 834,000 di Instagram, aura positif Anas bukan sekadar pada konten, tetapi juga pada tindakan nyata membantu mereka yang dalam kesusahan, sama ada di dalam mahupun luar negara.

Terbaharu, dalam semangat Global Sumud Flotilla, Anas sekali lagi menunjukkan keprihatinan apabila menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Persatuan Cinta G4z4 Malaysia. 

Majlis penyerahan itu berlangsung pada 6 Oktober 2025, dan apa yang lebih menarik, inisiatif itu dilakukan seiring dengan kejayaan jualan mega produk lipmatte ANAS Cosmetics yang mencecah 1 juta unit di platform TikTok Shop.

No Image Caption

“Secara peribadi pun saya pernah sumbangkan kepada rakyat G4z4. Jadi kali ini ia jadi lebih bermakna kerana ia dibuat atas jenama ANAS Cosmetics dan tentunya pembeli serta peminat jenama kami.

"Bererti jumlah sumbangan RM50,000 ini juga datangnya daripada hasil pembelian lipmatte mereka,” ujar Anas penuh syukur.

Pemenang TikTok Shop Creator of The Year pada Anugerah TikTok Malaysia 2023 itu berkata, bantuan berkenaan bukanlah penamat kepada usaha kebajikannya.

“Sumbangan ini juga sebagai satu usaha menghargai penyokong jenama kami. Ia umpama ‘give back’, misi memberi kembali kepada yang memerlukan.

"Insya-ALLAH bulan seterusnya, usaha murni ini akan diteruskan serta disalurkan menerusi perbadanan kebajikan lain. 

"Mungkin juga ke Yayasan Nurjiwa milik Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tentunya bantuan saya untuk mereka di dalam negara juga akan diimbangi,” katanya lagi.

Semangat memberi yang ditunjukkan Anas turut disertai dengan harapan agar lebih ramai usahawan dan pengasas produk lain tampil membantu golongan memerlukan.

“Saya pasti, usaha dan cetusan ini seharusnya dipanjangkan juga kepada ‘founder’ produk lain. Saya yakin ramai antara kita sebenarnya cakna. 

"Cuma apabila ada usaha seperti ini diketengahkan, Insya-ALLAH akan ada yang terinspirasi.

"Tidak kira besar atau kecil jumlahnya, setiap sumbangan tetap bermakna — buat mereka yang diuji, termasuk rakyat Palestin,” luahnya.

No Image Caption

Sejak diperkenalkan pada Ogos 2017, ANAS Cosmetics bukan sahaja menonjol sebagai jenama tempatan yang berjaya menembusi pasaran besar, tetapi juga menjadi simbol kejayaan yang disertai tanggungjawab sosial.

Setiap langkah dan perkongsian Anas di media sosial, termasuk ciapan dan posting di platform seperti Threads,  sering menjadi perhatian ramai. 

Gaya komunikasinya yang jujur, dekat di hati, dan penuh nilai kemanusiaan menjadikan dirinya antara figura yang bukan sekadar mencipta trend, tetapi menyemai inspirasi dan kebaikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang