6 wanita ini buat pembedahan paling ekstrem demi cantik, nombor 4 memang paling pelik
PEMBEDAHAN plastik pada wajah atau rawatan estetik lazimnya menjadi trend bagi golongan wanita mahupun lelaki di luar negara untuk nampak lebih cantik dan kacak demi kepuasan diri. Orang tempatan pun suka juga ya!
Antara negara yang paling banyak merekodkan pembedahan plastik ialah di Amerika Syarikat, Brazil, Jepun, Itali, Rusia, Jerman dan Perancis.
Jangan tidak percaya, Korea Selatan tidak tersenarai pun antara negara paling banyak rekod pembedahan plastik, meskipun ramai rakyatnya berbuat demikian waima remaja yang masih bersekolah.
Menurut laporan suara.com, operasi pembedahan berulang pada wajah dan tubuh badan dan sanggup berhabis wang ringgit membuatkan enam wanita ini sanggup berubah 360 darjah demi mahukan penampilan idaman.
Terlalu obses untuk nampak cantik membuatkan enam wanita ini menjadi tumpuan dunia. Bukan kerana cantik bagai bidadari tetapi pembedahan ekstrem yang dilakukan.
Mahu lihat siapa mereka? Berikut ada perinciannya:
1. Tara Jayne McConachy
Demi obses terhadap patung mainan, Barbie yang menjadi kegilaan kanak-kanak, wanita ini sanggup melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan badan seperti patung tersebut.
2. Anastasia Pokreshchuk
Mahu tulang pipi paling besar di dunia! Itulah ketaksuban model Ukraine yang mahu kelainan.
Walaupun tulang pipi sudah nampak membonjol dan pelik, namun wanita ini tidak pernah puas.
3. Dora Rodriguez
Bekas model dan calon ratu cantik dunia ini sememangnya sudah cantik, namun terlalu obses untuk memiliki pinggang kerengga. Sanggup berhabis duit demi mendapatkan pinggang idaman. Dah cantik pun nak macam ni juga? Tak faham betullah.
4. Mary Magdalene
Nama wanita ini cukup terkenal di media sosial. Meskipun pernah berdepan komplikasi pada bahagian intim, namun kerana ketaksubannya, wanita tersebut tidak pernah serik.
5. Meli Santa
Lain pula ketaksuban model Iran berusia 24 tahun ini yang mahukan pinggul dan punggung besar. Walaupun dikatakan sudah cukup sempurna dengan siluet badan yang mengiurkan yang sudah memadai, namun wanita itu sanggup berhabis duit dengan melakukan pembedahan banyak kali demi mendapatkan saiz idaman.
6. Andrea Emilova Ivanova
Gara-gara mahukan bibir yang mungil dan seksi, wanita yang berasal dari Bulgaria ini sanggup melakukan pembedahan pada bibirnya sebanyak 21 kali.
Hanya kerana mahu nampak cantik dengan bibir terbesar di dunia, saiz bibirnya kini sudah empat kali ganda berbanding asal.
Memang pelik-pelik ya obsesi setiap wanita? Sesungguhnya, mengubah tubuh badan yang sempurna dengan tujuan seumpama itu sememangnya salah di sisi agama. Kita sebagai umat Islam wajib menjauhi perbuatan lara itu.
Nak tengok boleh tetapi jangan terpengaruh ya? Hargai diri yang dilahirkan sempurna dan jangan terlalu obses dengan kecantikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang