Bahayanya! Kanak-kanak 12 tahun maut tercekik bebola daging
BEBOLA ikan, sotong atau daging merupakan makanan yang digemari ramai terutamanya golongan kanak-kanak.
Selain ia mudah didapati, rasanya juga enak jika dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi, mi dan sebagainya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Namun, makanan proses tersebut sebenarnya agak berbahaya kepada kanak-kanak.
Kisah tercekik bebola daging bukan benda baharu dan ia sering terjadi kepada golongan kanak-kanak.
Terbaru, kejadian sama berlaku di Sikka, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan maut akibat tercekik bebola daging ketika menikmati bakso.
Difahamkan, murid bernama Aldinus Edel Pati itu pulang dari sekolah dan membeli bebola daging yang dijual di sekitarnya.
Pengetua Sekolah Maumere, Viotalis Sukalumba berkata, sebelum mangsa pulang ke rumah, dia dan beberapa rakannya sempat membeli bakso dan makan di depan pagar sekolah.
Katanya, ketika Aldinus makan, dipercayai satu daripada bebola daging itu tersekat dalam kerongkongnya, menyebabkan dia tercekik dan mula sesak nafas.
Ujarnya, rakan-rakannya juga memberitahu Aldinus ada cuba meminum air, namun tidak mampu menelannya sebelum cuba mengorek mulutnya untuk mengeluarkan bebola daging tersebut.Baca juga Gara-gara kahwin tanpa restu, hayat wanita diragut adik, ibu kandung sendiri
Panik dengan situasi berkenaan, rakan-rakan mangsa segera memanggil guru untuk pertolongan sebelum Aldinus dihantar ke hospital.
Namun, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Sumber: Agensi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang