Gara-gara kahwin tanpa restu, hayat wanita diragut adik, ibu kandung sendiri

A
A
A

HANYA kerana melarikan diri dan mendirikan rumah tangga tanpa restu keluarga, hayat seorang wanita berakhir di tangan adik dan ibu kandung sendiri.

Ia adalah perbuatan yang terlalu kejam kerana mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan sedang hamil dua bulan setelah mendirikan rumah tangga dengan rakan sekolejnya.

Menurut Daily Mail, kejadian berlaku ketika mangsa yang bernama berada di dapur untuk menyediakan minuman buat adik dan ibunya.

Baca juga: Terpisah 24 Jam Lari Dari Debu Panas Gunung Berapi, Isteri Menangis Lihat Suami Masih Hidup

Kirti Thore

Baca juga: [VIDEO] “Keladi mak dah viral..” Pokok keladi saiz gergasi belakang rumah tinggi dari bumbung

Suspek berusia dalam lingkungan 17 tahun bersama si ibu Shobhabai Mote telah bertandang ke rumah suami mangsa yang terletak di kampung Ladgaon, India.

Remaja itu dikatakan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

Entah ke mana perginya rasa belas kasihan dan kemanusiaan mereka ketika itu apabila sanggup berswafoto dengan bahagian tubuh mangsa dan menunjukkan ia kepada jiran tetangga.

Difahamkan ketika kejadian, suami Kirti sakit dan berehat di dalam bilik.

Dia hanya terjaga selepas terdengar bunyi bising sebelum mendapati isterinya sudah meninggal dunia.

Suspek kemudian cuba menyerang abang iparnya namun lelaki berkenaan sempat melarikan diri.

Kirti dikatakan telah kahwin lari pada bulan Jun. Ia dilakukan secara rahsia selepas keluarga tidak bersetuju kerana kekasihnya lebih miskin daripada keluarga mereka.

Baca juga: “Ini Kurang Ajar Namanya.” Ras Adiba Bengang Isu Persenda OKU, Salah Guna Parkir, Pemuda Akhirnya Mohon Maaf

Baca juga: Percutian Bersama Keluarga Di Lokasi ‘Panas,’ Lakukan 7 Tip Elak Gangguan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang