Bawa padah! Muat naik foto, video dengan isteri orang di Facebook, lelaki maut ditetak sabit
BAWA padah angkara perbuatan sendiri! Lelaki malang menyebar foto dan video bersama isteri orang di Facebook maut ditetak.
Media sosial dengan masyarakat dunia sekarang memang sudah tidak asing lagi. Sebut sahaja Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan sebagainya, jangan kata remaja, warga emas dan kanak-kanak suda tahu akan kewujudan semua platform tersebut.
Tidak dinafikan dengan adanya media sosial kita semua menjadi semakin mudah dalam berkomunikasi. Satu dunia dapat berhubung hanya menggunakan hujung jari.
Pelbagai manfaat dan kebaikan yang dapat, namun jika disalah guna, ia boleh membawa padah.
Seperti satu kejadian difahamkan berlaku di Indonesia apabila seorang lelaki malang bertindak menyebarkan foto dan video tidak senonoh isteri orang, dilaporkan maut akibat ditetak menggunakan sabit oleh suami wanita terbabit pada 8 September lalu.
Memetik laporan Fajar Indonesia Network, suami wanita tersebut dikatakan bertindak sedemikian kerana berdendam dengan tindakan mangsa yang menyebarkan foto dan video isterinya di media sosial.
Meskipun perkara tersebut sudah lama berlaku, tetapi suspek masih menyimpan dendam sehingga akhirnya dia nekad membunuh mangsa.
Semasa soal siasat, suspek mendakwa dia tidak berniat mahu membunuh mangsa dan insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba selepas dia terserempak dengan mangsa.
"Ketika kejadian, saya berada di sekitar kedai gunting rambut. Dia tidak mengenali saya tetapi saya kenal dia melalui gambar dia bersama isteri saya di media sosial. Jadi saya terus menikam dia," ujarnya.
Baca juga Bukan jadi mangsa, sebaliknya remaja perempuan 17 tahun jadi dalang sindiket! Satu Filipina terkejut
Dakwanya lagi, mangsa dikatakan sering memuat naik dan menyebarkan foto bersama isteri suspek di Facebook.
Bukan itu sahaja, mangsa juga pernah mengugut wanita itu berhubung penyebaran foto dan video aib tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Sampang iaitu AKBP Arman mengesahkan motif kejadian adalah disebabkan dendam.
Pihak polis turut merampas sabit dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.
Sementara itu, ini 10 cara yang betul dan bijak menggunakan media sosial;
1. Fikir dahulu sebelum membuat apa-apa status.
2. Jangan post gambar yang boleh timbulkan fitnah.
3. Usah percaya kepada satu-satu cerita secara bulat-bulat.
4. Tidak perlu komen di status yang tidak tahu hujung pangkal.
5. Jangan kongsikan sesuatu yang kita sendiri tidak sahih.
6. Jangan luahkan pendapat tanpa fikir perasaan orang lain.
7. Sentiasa ingat akan dosa dan pahala.
Baca juga 4 tahun wanita baru tahu hilang satu buah pinggang, dakwa suami ‘curi’, jual tanpa kebenaran
8. Niat untuk kongsi ilmu bukannya berita palsu.
9. Jangan 'oversharing' hingga orang rasa meluat.
10. Berinteraksi sekadar perlu, hormat privasi orang lain juga.
Justeru, gunalah media sosial dengan sebaiknya. Jangan salah guna media sosial untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang