BIASANYA jadi mangsa. Namun, kali ini berbeza pula apabila seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disyaki menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan seks dalam talian di Sampaloc, Manila, Filipina baru-baru ini.

Lapor philstar.com, gadis bawah umur itu telah ditahan bersama rakan suspek dalam serbuan di kolam persendirian di sebuah resort oleh pihak berkuasa tempatan negara itu.

Dalam satu operasi besar-besaran, seramai 15 kanak-kanak berjaya diselamatkan dan kemudiannya dibawa ke Pusat Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita di bandar Taguig untuk siasatan lanjut.

Kesemua 14 mangsa terdiri perempuan dan seorang lelaki itu dianggarkan berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun.

Mereka semua difahamkan telah dipaksa melakukan aktiviti seksual di hadapan sebuah kamera web.

mangsa seksual

Aktiviti rakaman dan live streaming menjijikkan tersebut dibuat untuk tontonan pelanggan asing yang dikenakan caj sebanyak RM790!

Memetik laporan berita tempatan, Setiausaha Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Benjamin Abalos Jr berkata, kadar jenayah melibatkan kanak-kanak sangat membimbangkan.

“Hal tersebut tiada kompromi kerana menyasarkan dan menganiaya kanak-kanak yang tidak berdosa.

mangsa seksual

“Kes jenayah seks siber memberi kesan jangka panjang sekali gus merosakkan kehidupan mereka,” katanya.

JUMPA KES LAIN

Dalam operasi sama, pasukan penyelamat turut menyelamatkan dua pelajar yang berasal dari Caloocan yang menjadi mangsa penderaan dan eksploitasi seksual dalam talian.

Apa yang menyedihkan, mangsa yang berusia 13 hingga 16 tahun itu menjadi mangsa oleh ibu bapa, penjaga dan jiran mereka sendiri!

mangsa seksual

Semua sindiket tersebut terbongkar selepas viral sebuah akaun Usapang Diskarte di saluran YouTube yang mempromosikan penderaan dan eksploitasi seksual secara online termasuk tip grooming dan umpan kanak-kanak.

Mahkamah Manila kemudiannya mengeluarkan dua waran untuk memerintahkan pihak Facebook dan YouTube mendedahkan data dan maklumat pelanggan termasuk pemilik akaun terbabit.

Iklan

Baca juga Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’, R Kelly dipenjara 30 tahun pemerdagangan seksual wanita, kanak-kanak

Mengulas mengenai pendedahan yang mengejutkan itu, Abalos Jr berkata, pihaknya turut mengutuk sekeras-kerasnya aktiviti pornografi siber dan aktiviti haram lain yang membabitkan kanak-kanak.

mangsa seksual

“Kami turut memperkasakan kempen dan memperhebatkan inisiatif untuk mengesan sarang seks siber demi menyelamatkan lebih ramai anak-anak bawah umur daripada penderaan dan ancaman,” katanya.

Baca juga Gangguan seksual di tempat kerja, pengamal undang-undang dedah tindakan boleh dibuat

Padah menanti si dalang apabila gadis tersebut bakal berdepan tindakan undang-undang juvana kerana berada di bawah umur, manakala rakan suspek berusia 18 tahun boleh didakwa sebagai orang dewasa.

Iklan

mangsa seksual

Kepada anak muda di negara ini, jangan mudah terpengaruh dengan umpan wang atau ganjaran mewah yang diberikan terutama daripada yang tidak dikenali di media sosial.

Pasti ada udang di sebalik batu. Fikir-fikirkan. Tak pasti bertanya. Jika timbul keraguan yang tinggi, laporkan sahaja kepada pihak polis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan