Bette Nash pecah rekod dunia, muncul pramugari tertua di dunia berkhidmat di awan biru

A
A
A

LEBIH enam dekad berkhidmat di awan biru, membolehkan Bette Nash mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records dengan gelaran pramugari tertua dan paling lama berkhidmat di dunia.

Anggun, berpenampilan menarik dan tetap manis dipandang, itulah dirinya kini biarpun usia sudah memasuki 86 tahun.

Berasal dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, Nash memulakan kerjayanya sebagai pramugari pada tahun 1957 ketika berusia 21 tahun.

Anggun, berpenampilan menarik dan tetap manis dipandang walaupun usia sudah 86 tahun. Sumber gambar Facebook

Beliau yang berkhidmat untuk American Airlines berkata, sepanjang hampir 65 tahun menjadi pramugari, majikannya pernah pergi ke rumah beliau.

Tujuan mereka adalah untuk membuat pemeriksaan sama ada Nash betul-betul bujang.

Bukan itu sahaja, berat badannya sebelum masuk syif bekerja akan ditimbang dan beliau pada bila-bila masa boleh digantung jika berat bertambah.

Nash memulakan kerjaya sebagai pramugari ketika usianya 21 tahun. Sumber gambar Facebook

'Dulu, saya rasa ngeri jika berat bertambah beberapa kilogram. Bukan apa, majikan boleh memotong gaji anda'

"Anda perlu mempunyai ketinggian tertentu dan mempunyai berat tertentu. Dulu, saya rasa ngeri jika berat bertambah beberapa kilogram. Bukan apa, majikan boleh memotong gaji anda," kongsi Nash.

Meskipun sudah berusia, warga emas itu masih mengikuti latihan pramugari biasa mengikut peraturan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.

Menariknya, sebagai pramugari 'senior', Nash boleh memilih laluan penerbangannya.

Sebahagian besar karier, beliau melakukan penerbangan ulang alik New York-Washington-Boston.

Ketika umur 16 tahun dan pramugari berjalan melintasinya, hati Nash berkata 'itulah saya'. Sumber gambar facebook

Ini bagi membolehkannya pulang setiap malam untuk menjaga anak lelakinya yang kurang upaya.

Mengimbau sedikit bagaimana dirinya boleh 'menjebakkan diri' dalam profesyen itu, Nash berkata, beliau 'jatuh cinta' dengan penampilan menarik dan sopan santun pramugari, ketika mula menceburi kerjaya berkenaan.

"Saya mahu menjadi pramugari dari saat pertama saya menaiki kapal terbang. Ketika saya berumur 16 tahun dan pramugari berjalan melintasi saya, dalam hati berkata 'itulah saya' kelak," ujarnya.

Sumber: Dailystar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang