Dakwaan ekstremis punca disekat masuk Singapura, berikut biodata Ustaz Abdul Somad

A
A
A

MUNGKIN ramai di antara kita pernah mengikuti video-video dakwah ulama Indonesia ini.

Ustaz Abdul Somad bepengetahuan luas, bernas dan tegas. Penyampaian ceramahnya yang diselang selikan dengan humor membuatkan ia menarik dan tidak bosan untuk diikuti.

Baru-baru ini ulama kelahiran Asahan, Sumatera Utara itu dihalang memasuki negara jiran, Singapura.

Baca juga: Tamat 2 tahun menduda, ribuan ucapan tahniah buat Ustaz Abdul Somad nikah gadis 19 tahun

Menurut laporan Tempo, Kementerian Dalam Negeri Singapura menjelaskan punca Abdul Somad ditolak daripada masuk ke negaranya kerana dianggap pelampau.

Kementerian Dalam Negeri Singapura mengesahkan Abdul Somad tiba di Terminal Feri Tanah Merah dari Batam bersama enam individu pada Isnin, 16 Mei 2022.

Selepas ditemu bual oleh pegawai, kumpulan pendakwah itu ditolak masuk.

"Abdul Somad terkenal kerana menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura," kata Kementerian Dalam Negeri republik itu dalam satu kenyataan.

Kerajaan Singapura memberi contoh kenyataan Abdul Somad yang dianggap ekstremis berkaitan pengeboman berani mati adalah sah dalam konteks konflik Israel-Palestin.

“Beliau juga membuat komen menghina tentang ahli komuniti agama lain seperti Kristian, dengan menyifatkan salib Kristian sebagai tempat tinggal "jin kafir". Selain itu, Somad secara terbuka menyebut orang bukan Islam sebagai kafir,” katanya.

Pendakwah itu turut didakwa Singapura cuba memasuki negara itu dengan berpura-pura untuk lawatan sosial.

"Kerajaan Singapura memandang serius sesiapa sahaja yang menyokong keganasan dan/atau menyokong ajaran ekstremis dan pengasingan," katanya.

Difahamkan, setiap pelawat tidak boleh memasuki Singapura secara automatik dan perlu dinilai terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Abdul Somad dalam satu temu bual menceritakan insiden yang berlaku kepada dirinya dan keluarga ketika ditahan pihak berkuasa terbabit.

Katanya, pihak berkuasa Singapura tidak mengendahkan permintaannya untuk berbincang bagi menyelesaikan permasalahan.

Malah bapa kepada tiga cahaya mata itu turut ditahan di dalam sebuah bilik sempit selama satu jam.

“Saya dimasukkan ke dalam satu ruangan umpama liang lahad…satu jam saya di ruang kecil itu barulah digabungkan di ruang yang ramai bersama yang lain,” katanya kepada Tempo.

Terdahulu, Abdul Somad difahamkan, terdahulu UAS pernah dihalang masuk di lima buah negara iaitu China, Timor Leste, Switzerland, Jerman dan United Kingdom.

INFO USTAZ ABDUL SOMAD

1- Dr Abdul Somad atau dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad Batubara lahir pada 18 Mei 1977.

2-Memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian Ilmu Hadis dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.

3-Beliau dikenali ramai kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk mengenai keagamaan, khususnya kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam/ilmu fiqah.

4-Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk yang sohor kini dalam dalam masyarakat tempatan.

5-Abdul Somad mempunyai puluhan buku yang ditulis dan karya terjemahan Arab kepada bahasa Indonesia.

6-Beliau pernah menerima gelaran Datuk Seri Ulama Setia Negara daripada Lembaga Adat Melayu Riau. Anugerah Tokoh Daie Nusantara diperolehinya pada tahun 2019 adalah daripada kerajaan Kelantan.

7-Pendakwah itu pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan menganggotai majlis ulama di beberapa institusi seperti berikut;

• Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

• Pensyarah Tafsir dan Hadis di Kuliah Antarabangsa, Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

• Pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar, Yayasan Masmur, Pekanbaru

• Anggota Majelis Ulama Indonesia, Provinsi Riau, Komisi Pengkajian dan Keorganisasian, sesi 2009–2014

• Anggota Badan Amil Zakat Provinsi Riau, Komisi Pengembangan, sesi 2009–2014

• Setiausaha Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau, sesi 2009–2014

• Profesor Pelawat di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, sesi 2020-2021

Baca juga: Isteri Ustaz Abdul Somad tampil berniqab, seminggu selepas bernikah. Sejuk mata memandang

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang