Tamat 2 tahun menduda, ribuan ucapan tahniah buat Ustaz Abdul Somad nikah gadis 19 tahun

Tamat 2 tahun menduda, ribuan ucapan tahniah buat Ustaz Abdul Somad
April 30, 2021
Oleh Faezah Muda

SETELAH dua tahun menduda, akhirnya Pendakwah Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS), 44, selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis berusia 19 tahun pada petang Rabu lalu.

Menurut laporan Tribunnews, majlis pernikahan diadakan di rumah pasangannya Fatimah Az Zahra Salim Barabud di Jombang, Jawa Timur jam 4.30 petang.

Majlis diadakan secara sederhana dan dihadiri pimpinan Pondok Modern Gontor dan Ketua-ketua Jabatan di jajaran Pondok Modern Gontor.

Turut hadir beberapa ahli keluarga daripada keluarga pihak pengantin perempuan.

Difahamkan, perkahwinan UAS dengan Fatimah berlangsung awal daripada perancangan.

Pada mulanya, UAS rancang berkahwin dengan gadis lulusan Sekolah Berasrama Islam itu pada Mei 2021 atau selepas lebaran.

Pemimpin Sekolah Asrama Tahfidz Qur'an Al Muqoddasah, Ponorogo, Ustaz Hasan, turut berkesempatan menceritakan bibit pertemuan pasangan pengantin tersebut.

Iklan

"Pada masa itu, UAS menyampaikan ucapan takziah anak saya meninggal dunia melalui WA, kemudian perbincangan berlanjutan mengenai perkahwinan.

"UAS minta pertolongan untuk mencari jodoh yang hafidzoh (penghafal al-Quran).

"InsyaAllah, ini adalah rakan terbaik yang bersedia berdakwah dan mengangkat kalimat Allah," kata Ustaz Hasan.

Tamat 2 tahun menduda, ribuan ucapan tahniah buat Ustaz Abdul Somad

Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya, UAS juga membuat perkongsian foto majlis pernikahan bersama isteri dengan kehadiran ahli keluarga.

Iklan

Kelihatan UAS memakai jubah panjang dan disarungkan dengan bunga melati di leher sementara isterinya, memakai jubah dan mahkota di kepalanya.

Baca juga [VIDEO]Pelukan terakhir! Tangisan bayi seakan faham pelukan pertama dan terakhir

Kelihatan juga Fatimah memeluk erat lengan suami dengan penuh kasih sayang.

Foto tersebut telah menerima hampir 1.3 juta tanda suka dan ribuan komen pengikutnya yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagian pasangan berkenaan.

finanda_fitri - Alhamdulillah ustadz MasyaAllah turut berbahagia semoga berjodoh dunia akhiratnya Ustadz.

saradimana - MasyaAllah tabarakallah ikut seneng ustadz, semoga diberi kebaikan dunia akhirat.

adibayualmadi - Semoga samawa ustadz minta doanya ustadz, ana bisa segera menikah juaa.

rizalwahid10 - Baarakallahu lak wa baaraka ‘alaik wa jama’a bainakumaa fii khair ustaadzii.

vitafatimah_94 - MasyaAllah tabarakallah... Sakinah mawaddah WA Rahmah ustadz.

Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercerai pada Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.