[VIDEO] Gadis bela nyamuk sebagai haiwan peliharaan, ini cara Molly makan

A
A
A

KISAH yang dilihat berlaku di negara seberang, Indonesia menarik minat apabila baru-baru ini satu rakaman video di aplikasi TikTok tular sejak seorang gadis di Indonesia mendedahkan aktiviti hariannya yang dikatakan kini membela seekor nyamuk sebagai haiwan peliharaan.

Nyamuk jadi haiwan peliharaan? Serius lah!

Ya! Hobi peliknya ini membuatkan warganet binggung apabila gadis yang menggunakan akaun @michelleeserafin di TikTok itu menunjukkan cara-cara memberi makan kepada serangga peliharaannya itu yang diberi nama Molly.

“Ini adalah cara bagaimana saya memberi Molly makan,” tulisnya pada status video berkenaan.

Gadis bela nyamuk sebagai haiwan peliharaan, ini cara Molly makan

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan dia mendekatkan botol yang kini menjadi kediaman baharu Molly di kakinya sebelum penutupnya dibuka supaya Molly tidak terbang keluar.

Proses itu dibuat bagi tujuan memberi makan yang mana Molly mungkin akan menghisap darah kaki gadis tersebut.

Sebaik selesai, gadis itu akan memasukkan semula Molly ke dalam botol.

Gadis bela nyamuk sebagai haiwan peliharaan, ini cara Molly makan

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dengan tindakan gadis itu yang memilih nyamuk sebagai binatang peliharaan.

Kelakuan gadis itu pastinya dilihat aneh dalam kalangan orang ramai. Mana tidaknya, nyamuk sifat semula jadinya akan mencari makan dengan sendiri bukan seperti apa yang dibuat oleh gadis tersebut. Betul tak?

@michelleeserafinSmoga bermanfaat ya gais ?✨ #fyp#fypシ♬ original sound - MichFin?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang