Jepun teruskan Olimpik Tokyo 2020 semasa pandemik, ini puncanya…

A
A
A

 

MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya Jepun masih tegar meneruskan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun kes Covid-19 semakin meningkat di seluruh dunia.

Sukan peringkat dunia ini telah pun dijadualkan untuk berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020 yang lalu. Namun ia terpaksa ditunda akibat pendemik Covid-19.

Setahun berlalu namun penularan wabak ini masih belum reda. Malah Jepun sebagai tuan rumah juga turut mengalami gelombang keempat pendemik ini. Maka jika difikir logik, pembatalan Olimpik 2020 adalah jalan terbaik.

Jepun teruskan Olimpik Tokyo 2020 semasa pandemik, ini puncanya…

Memetik laporan BBC, hanya jawatankuasa International Olympic Committee (IOC) sahaja yang boleh membuat pembatalan sukan berprestij dunia ini.

Kontrak antara IOC dan Jepun adalah mudah. Soal pembatalan, pilihan hanya diberi kepada IOC, bukan tuan rumah. Ini kerana Sukan Olimpik adalah ‘harta eksklusif’ IOC.

Oleh itu, jika Jepun ingin membatalkan acara ini, ia dikira melanggar kontrak dan segala kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh negara penganjur.

IOC mengatakan bahawa Covid-19 tidak bahaya seperti perang. Ini menyebabkan rakyat Jepun mengadakan bantahan terhadap Pengerusi IOC, Thomas Bach.

Jepun teruskan Olimpik Tokyo 2020 semasa pandemik, ini puncanya…

Walaubagaimapun, tindakan yang diambil IOC dan Jepun untuk Sukan Olimpik mempunyai alasan yang tersendiri.

Ini demi menjaga kebajikan para atlet. Jika acara sukan ini dibatalkan atau ditangguh lagi, ia akan menjejaskan karier beribu atlet dari seluruh negara yang terlibat.

Baca juga: Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Kerajaan Negara Matahari Terbit ini juga tiada ‘political will’ untuk menunda suka ini lagi memandangkan selama setahun menundanya sahaja, ia telah menelan jutaan kos.

Jadi, untuk mengelakkan tambahan kos, Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini diteruskan demi kepentingan bersama.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini telah pun membukai tirainya dan pelbagai acara sedang dipertandingkan.

Baca juga: Bangga ilham dari UiTM, busana kontinjen Olimpik Tokyo 2020 jadi sebutan

Jumlah kes positif COVID-19 dalam kalangan atlet dan petugas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 meningkat kepada 160 kes setakat Rabu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada altet-atlet negara yang berjuang di sana dan semoga semuanya selamat daripada wabak koronavirus.

Sumber: BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang