Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

A
A
A

 

DARI pusat akuatik yang canggih hingga ke arena seni mempertahankan diri yang bersejarah dengan bumbungnya menyerupai Gunung Fuji, lokasi acara Olimpik Tokyo akhirnya siap untuk digunakan setelah penangguhan akibat wabak Covid-19 selama setahun.

43 lokasi itu terletak di dua kawasan utama iaitu"Zon Teluk Tokyo" di daerah pelabuhan yang sibuk di ibu kota dan "Zon Warisan" yang menggabungkan beberapa lokasi ikonik Sukan Olimpik Tokyo 1964.

Peraturan berkaitan koronavirus diumumkan pada hari Isnin lalu di mana maksimum 10,000 penonton akan dibenarkan berada di setiap lokasi acara.

Berikut merupakan tempat-tempat yang akan menjadi sejarah dalam acara sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos nanti.

1.Stadium Nasional

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Stadium ini akan digunakan untuk acara perasmian dan penutupan. Ia terletak di bandar Tokyo dan mempunyai 68,000 tempat duduk.

Idea asal reka bentuk dan pembinaan stadium ini ialah dari arkitek Britain berketurunan Iraq, Zaha Hadid. Rekaan minimal yang moden dan ketinggian lima tingkat, stadium sesuai sebagai lokasi sukan pada musim panas nanti. Stadium itu merupakan termahal di dunia dan menelan belanja sebanyak USD1.4 bilion (RM7.49 bilion).

2.Tokyo Aquatic Center

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Pusat aquatik itu siap pada Februari 2020 namun ditangguhkan pembukaannya ekoran pandemik. Bagaimanapun, perasmiannya telah diadakan pada Oktober tahun lalu. Pusat akuatik ini akan menjadi lokasi bagi acara renang, terjun papan anjal dan renang berirama.

 

Baca juga: 99 hari menuju Olimpik Tokyo 2020 di musim pandemik. 10 fakta menarik ini anda mesti tahu

 

3.Sea Forest Waterway

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Ia terletak di sebuah pulau buatan yang luas dan menjadi regata bagi acara kayak dan kenu. Sea Forest Waterway menyediakan 2,000 tempat duduk untuk penonton.

4.Ariake Arena

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Ariake Arena yang baru akan menjadi lokasi bagi acara bola tampar Olimpik dan bola keranjang Paralimpik dan menyediakan 15,000 tempat duduk.

Panel suria pada arena ini pada lengkungan atap diselaraskan dengan teliti untuk mengelak pantulan cahaya matahari.

Panel solar, sensor haba dan pam panas bumi akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida. Tempat ini akan digunakan untuk konsert dan acara sukan selepas Olimpik berlangsung.

5.Nippon Budokan

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Nippon Budokan ialah arena untuk seni mempertahankan diri. Ia dibina sempena Olimpik Tokyo 1964 untuk acara judo dan karate.

Selain acara sukan, Nippon Budokan juga menjadi tempat konsert Beatles ketika mereka membuat penampilan pertama di Jepun pada tahun 1966.

 

Baca juga: Gelato paling enak, ketahui 10 jenis aiskrim di seluruh dunia

 

6.Olympic Village

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Ini adalah lokasi penginapan bagi para atlet dan pegawai pengiring dari seluruh dunia. 21 buah bangunan di perkampungan ini mampu menampung kapasiti keseluruhan 18,000 tempat tidur semasa Sukan Olimpik dan 8,000 untuk Paralimpik.

Olympic Village ini akan dimanfaatkan sebagai pangsapuri mewah untuk dibeli atau disewa selepas Olimpik Tokyo 2020 berakhir.

7.Fukushima Azuma Baseball Stadium

Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Terletak di Fukushima City, stadium ini dikhaskan untuk acara besbol dan sofbal atau bola list. Stadium ini mempunyai kapasiti sebanyak 14,300 tempat duduk.

Pihak berkuasa Jepun menggelarkan Tokyo 2020 sebagai ‘Olimpik Pembinaan Semula’ dan mereka bertekad untuk menunjukkan bahawa kawasan di Fukushima Timur telah dihidupkan kembali sejak gempa, tsunami dan krisis nuklear pada 2011.

Baca juga: Trend tube house di Hanoi Vietnam, kediaman yang tinggi dan memanjang 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang